[V] Sajian 'breakfast', lauk pauk tengah hari semua sedap... Tak rugi 'berkampung' di Tingkap Bangsar
KALAU anda sedang mencari 'port' makan sedap dengan suasana unik di tengah bandar, restoran hidangan kampung autentik ini adalah jawapannya.
Pengalaman menjamu selera di sini memang lain daripada yang lain sebab bukan makanannya sahaja yang enak, suasana makan pun mendamaikan selain harga yang mesra poket.
Terletak di Bangsar, Tingkap Bangsar by Kampunglah mengetengahkan hidangan Melayu asli sepenuhnya sama ada untuk sarapan pagi atau makan tengah hari.

Dari luar nampak sederhana tetapi bahagian dalamnya tampil dengan konsep rumah kampung klasik dengan dekorasi estetik.
Menu ringkas untuk sarapan pagi seperti roti bakar telur goyang dan soto berempah sangat membangkit selera, begitu juga hidangan tengah hari yang padu.
Antara menu yang wajib dicuba di sini termasuk nasi lemak ayam goreng berempah (RM7), daging salai lomak (RM7) dan daging masak hitam (RM10) yang menjadi kegilaan ramai pelanggan yang pernah ke sini.
MENARIK DIBACA:[V] Yong tau fu 'legend' tengah KL sedap macam 40 tahun dulu! Penuh pinggan, harga tak 'menekan'
MENARIK DIBACA: Peniaga kecewa 'runner' bawa kuih 'bersiar-siar', akhirnya rosak! Perjalanan 20 minit jadi 3 jam
Untuk hidangan yang lebih istimewa, anda patut cuba talapia merah goreng (RM17) yang digoreng garing dan enak dicicah sambal kicap pedas.
Tak ketinggalan juga lauk pauk lain seperti sotong sambal (RM10), ayam cili api (RM7), terung cili api (RM5) dan aneka sayur yang melengkapkan hidangan.

Gabungan rasa lemak, pedas dan berempah dalam setiap masakan kampung di sini memang akan membuatkan sesiapa saja makan bertambah.
Pendek kata, kedai ni sesuai untuk anda yang mencari pengalaman makan masakan kampung asli dalam suasana santai dan estetik.
Lokasi: Tingkap Bangsar by Kampunglah, Off, N014 (Ground Floor, Jalan Kemuja, 59000 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (7 pagi hingga 7 malam)