KUALI | Momen

Seminyak buka cawangan kedua, tawar lebih 30 menu autentik Indonesia

Lead Image

SEMINYAK Indonesian Soulfood (Seminyak) terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri makanan dan minuman di Malaysia menerusi satu lagi pembukaan rasmi cawangan di KLGCC Mall.

Pembukaan outlet kedua Seminyak ini sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha jenama ini memperluaskan penawaran hidangan autentik Indonesia kepada pasaran tempatan.

Selepas melancarkan cawangan pertamanya di Sunway Pyramid pada Jun 2025, Seminyak kini turut  beroperasi di KLGCC Mall bagi memenuhi keperluan segmen pelanggan pertengahan dan atasan yang mencari pengalaman menjamu selera dalam suasana selesa, moden dan berkualiti.

Konsep restoran ini mengetengahkan gabungan rasa tradisional Indonesia dengan sentuhan moden dan kontemporari.

Bagi cawangan KLGCC Mall, Seminyak yang diterajui oleh Lina Rahim, Leta Juangku dan Datin Nelydia Senrose berkongsi visi sama untuk memperkenalkan 'Indonesian soulfood' dalam konsep yang segar, kontemporari dan mudah didekati.

Konsep restoran ini mengetengahkan gabungan rasa tradisional Indonesia dengan sentuhan moden, manakala reka bentuk dalaman pula mencerminkan keindahan tropika Bali melalui penggunaan elemen semula jadi, tona hangat dan suasana santai yang memberikan keselesaan kepada setiap pelanggan.

Menurut Leta Juangku, nama Seminyak dipilih kerana kaitannya dengan jenama Warung Eropa yang juga dikendalikan mereka.

Terdapat lebih daripada 30 menu merentasi setiap wilayah Indonesia tersedia di Seminyak.

"Warung Eropa ini letaknya di Seminyak, Bali, Indonesia. Jadi bila saya cadangkan kepada Lina dan Nelydia untuk letak nama Seminyak untuk nama restoran kami seterusnya, mereka bersetuju.

"Lagipun nama Seminyak itu sendiri mudah untuk diingati dan sedap didengar," kata Leta.

Keunikan Seminyak terletak pada penggunaan ramuan dan resipi autentik dari pelbagai wilayah di Indonesia, selain mi buatan tangan yang dihasilkan segar setiap hari.

MENARIK DIBACA: Cuma guna gula... Ini cara simpan udang kekal segar berbulan-bulan, rasa tak terjejas

MENARIK DIBACA: Teguk jus lemon, minyak zaitun untuk kulit 'glowing'! Trend 'morning shot' jadi fenomena

Restoran ini turut memperkenalkan konsep Indonesian Rice Bowl Nasi Jinggo, di mana setiap hidangan disajikan bersama nasi kukus dan lauk berempah yang kaya aroma, mencerminkan keaslian sebenar makanan jiwa Indonesia.

Antara hidangan signatur Seminyak ialah Indonesian Rice Bowl Nasi Jinggo, yang menjadi salah satu tarikan utama menu restoran ini, memandangkan Seminyak merupakan antara jenama terawal di Malaysia yang menampilkan Nasi Jinggo autentik. 

Pelanggan boleh memilih Nasi Jinggo Ayam Bakar, Nasi Jinggo Empal Beef Seminyak, Nasi Jinggo Ayam Betutu dan Nasi Jinggo Bebek Kremes.

Setiap hidangan di Seminyak disediakan menggunakan bahan-bahan segar, dengan semua ramuan diperoleh daripada pembekal yang disahkan halal, sekali gus mencerminkan komitmen jenama terhadap kualiti, konsistensi dan keyakinan pelanggan.

Antara hidangan istimewa yang dihidangkan ialah Nasi Jinggo Ayam Bakar dan Nasi Jinggo Empal Beef Seminyak.

Walaupun tampil dengan suasana mewah, restoran ini menawarkan harga yang berpatutan iaitu antara RM16 hingga RM70, dengan purata perbelanjaan pelanggan dianggarkan sekitar RM40 hingga RM70 seorang.

Dengan pembukaan cawangan kedua Seminyak, Lina dan Nelydia berharap dapat menyatukan hubungan dua budaya antara Malaysia dan Indonesia sebagai sebuah negara serumpun melalui makanan.

"Malaysia dan Indonesia sebenarnya tidak jauh beza termasuk dari segi budaya dan makanan.

"Jadi diharapkan melalui makanan dapat mengeratkan dan menyatukan lagi hubungan antara dua buah negara," ujarnya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Pembeli terkedu kena scam bihun sup, sampai tak tahu nak gambarkan rasanya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Momen

[V] Umur 20-an dah jadi bos, ada kafe sendiri... Gadis ini cekap bahagi masa antara bisnes, kuliah

play

Terhangat