KUALI | Sihat

Teguk jus lemon, minyak zaitun untuk kulit 'glowing'! Trend 'morning shot' jadi fenomena

Lead Image

KECOH tentang trend minum jus lemon bersama minyak zaitun yang didakwa mampu menjadikan kulit wajah seseorang berseri (glowing), cerah dan halus.

Lebih membuatkan ramai teruja apabila trend yang digelar 'morning shot' itu dikatakan mampu merawat masalah kulit hanya dalam masa tujuh hari tanpa memerlukan kos besar!

Beberapa pempengaruh terkenal turut menunjukkan eksperimen mereka melakukan trend itu serta kesan pada kulit selepas beberapa hari.

Amalan minum satu tegukan kecil campuran jus lemon dan minyak zaitun dikatakan mampu menjadikan kulit lebih glowing.

Pempengaruh yang mempunyai masalah kulit kering dan berjerawat dikenali sebagai Arlette, antara yang mencuba trend tersebut dengan menunjukkan perubahan pada wajahnya.

Berdasarkan video yang dikongsikan, kulit wajahnya kelihatan semakin licin dengan kesan jerawat semakin memudar didakwa hanya dalam masa enam hari.

Seorang lagi pempengaruh yang popular dalam dunia kecantikan, Shireen Hamdy juga tampil menunjukkan kulit wajahnya yang 'bercahaya', didakwa selepas mengamalkan trend 'morning shot'.

MENARIK DIBACA: Tak boleh hidup tanpa 'energy drink'? 'Wajib' tahu risiko, bahaya menanti anda

MENARIK DIBACA: Sedapnya sos krim ketumbar, bau pun wangi... Tak perlu masak, kisar-kisar siap!

"Saya tidak mengharapkan perkara ini terjadi, namun dalam masa singkat kulit wajah saya menjadi semakin bersih dan berseri.

"Selain untuk kecantikan kulit, rutin sederhana ini juga membantu melancarkan sistem pencernaan saya," ujarnya.

Seorang pempengaruh media soal yang juga merupakan pengamal perubatan, Dr Sohaib Imtiaz berkata, gabungan minyak zaitun dan lemon memberi banyak kelebihan kesihatan terutama pada kulit wajah dengan khasiat semula jadi pada kedua-dua bahan tersebut.

"Minyak zaitun memiliki kandungan antioksidan dan vitamin E yang membantu melambatkan penuaan pada kulit dan membantu memberikan kesan 'glowing'.

"Lemon pula mengandungi vitamin C yang membantu mengurangkan parut, jerawat, bintik hitam, dan merangsang kolagen untuk kulit lebih cerah," jelasnya.

Perbandingan kulit selepas mengamalkan trend 'morning shot' selepas enam hari.

Namun, Sohaib mengingatkan trend tersebut tetap memberi kesan buruk terutama kepada individu yang mempunyai masalah gastrik dan perlu berhati-hati bagi mengelak masalah perut yang lebih serius.

Secara ringkasnya, amalan ini melibatkan pengambilan campuran satu hingga dua sudu besar minyak zaitun 'extra virgin' dengan perahan jus lemon pada waktu pagi semasa perut kosong. 

Cara pengambilan 'morning shot' adalah seperti berikut:

  1. Sediakan 1 hingga 2 sudu besar minyak zaitun 'extra virgin' (EVOO).
  2. Campurkan dengan perahan setengah biji lemon atau 1 sudu besar jus lemon.
  3. Kacau sebati atau goncang dalam botol kecil (shot glass).
  4. Minum terus pada waktu pagi, sekurang-kurangnya 30 minit sebelum sarapan. 

Selain untuk kecantikan, trend ini turut membantu melegakan sembelit dengan bertindak sebagai pelincir semula jadi untuk sistem usus.

Pada masa sama, kaedah tersebut dipercayai turut membantu menyingkirkan toksin dalam jangka pendek dan menjadi sebahagian daripada diet Mediterranean dengan membantu mengempiskan perut dan menurunkan berat badan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

Tanda lipas bersarang di dapur boleh dikesan melalui bau, apa yang berlaku amat jijik

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

"Cara awak sarapan tu salah" - Pekena nasi lemak, roti canai... Rakyat Malaysia patut tahu reaksi dalam badan

Terhangat