KUALI | Moden

Sedapnya sos krim ketumbar, bau pun wangi... Tak perlu masak, kisar-kisar siap!

Lead Image

BAYANGKAN anda menikmati sos berkrim dengan rasa pedas, masam, manis dengan aroma daun ketumbar.

Ternyata sos ini mampu membangkitkan selera sesiapa sahaja tak kiralah dimakan dengan sajian apa sekali pun.

Kebiasaannya sos istimewa ini dihidangkan sebagai sos pencecah untuk hidangan seperti ayam goreng, makanan laut dan salad.

Jom Kuali tunjukkan cara membuat sos krim pedas ketumbar seperti yang dikongsikan pempengaruh dapurtijah.

Bahan yang digunakan juga mudah dan hanya perlu dikisar sahaja.

Bahan-bahan

  • 1 cawan mayonis
  • 2 sudu besar yogurt (pilihan)
  • 1 cawan daun ketumbar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji cili padi (lebihkan jika suka pedas)
  • 1 biji limau nipis (ambil airnya sahaja)
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam

MENARIK DIBACA: Umur 60 tahun masih cun macam anak dara, Sasha Aziz kongsi amalan pemakanan ibu

MENARIK DIBACA: Nikmat asam rebus ikan naik ke 'next level' lepas tambah nanas, bunga kantan

Langkah penyediaan

  1. Kisar kesemua bahan sehingga halus.
  2. Sesuaikan rasa masam, manis dan pedas mengikut cita rasa masing-masing.
  3. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat, tapi jangan terlebih air.
  4. Jika suka sos pekat, tak perlu tambah air.
  5. Siap dan simpan di dalam peti sejuk.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Nachos jadi menu potluck paling laku di ofis, buat konsep bar 'confirm' kena serbu!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Mahu ayam 'butter' cili santan enak tak terkata? Jangan 'tinggal' mentega, daun kunyit

Terhangat