KUALI | Moden

Nachos jadi menu potluck paling laku di ofis, buat konsep bar 'confirm' kena serbu!

Lead Image

MEMIKIRKAN menu jamuan raya memang boleh memeningkan kepala, terutamanya bila nak cari hidangan yang mudah disediakan tetapi tetap sedap dan digemari ramai.

Seorang wanita dikenali sebagai Farachacha tampil dengan idea yang cukup menarik dan praktikal.

Menerusi perkongsiannya di laman Threads, dia mencadangkan konsep 'nachos bar' untuk menu jamuan raya yang bukan sahaja ringkas, malah menyeronokkan untuk tetamu.

Menurutnya, idea ini mula diperkenalkan ketika potluck di pejabat suaminya dan sejak itu menjadi 'menu wajib' setiap tahun.

“Sejak aku perkenalkan 'nachos bar' untuk potluck ofis laki aku, yang tu juga la dia nak saban tahun. Mudah kerja aku,” katanya.

Bagi yang masih samar-samar, konsep ini sangat mudah di mana semua bahan disediakan secara berasingan dan tetamu boleh ‘custom’ sendiri nachos mengikut cita rasa masing-masing. 

Jom Kuali kongsikan resipinya:-

Perkongsia resipi netizen tersebut mencuri perhatian.

Bahan-bahan

Bahan utama:

  • Nachos (kerepek jagung)

Protein:

  • Daging cincang
  • Garam
  • Lada hitam
  • Serbuk paprika
  • Minyak zaitun
  • Herba campuran

Sayur dan topping:

  • Timun (potong dadu kecil)
  • Bawang Holland (potong dadu)
  • Tomato
  • Daun ketumbar
  • Capsicum pelbagai warna (potong dadu)
  • Separuh biji limau nipis
  • Garam

Sos keju:

  • 1 bungkus sos keju

Sos creamy:

  • Mayonis
  • Cili padi
  • Akar ketumbar
  • Sedikit cuka atau jus limau

MENARIK DIBACA: Wanita Mexico masak kuih 'loyang' gergasi, orang Malaysia pakat 'berkampung' dalam 'live'

MENARIK DIBACA: Wanita guna ‘dark chocolate’ seimbang rasa pedas, katanya masakan jadi lebih berlemak

Cara penyediaan

Sediakan topping sayur

  1. Potong semua sayur seperti timun, capsicum, bawang dan tomato dalam bentuk dadu kecil supaya mudah diambil.
  2. Gaulkan tomato bersama daun ketumbar dan perasakan dengan perahan limau nipis serta garam untuk rasa lebih segar.

Masak daging

  1. Panaskan sedikit minyak zaitun, kemudian masukkan daging cincang.
  2. Goreng hingga masak dan perasakan dengan garam, lada hitam, paprika serta herba campuran.

Sediakan sos

  1. Kisar mayonis, cili padi, akar ketumbar dan cuka (atau jus limau) hingga sebati.
  2. Tuangkan ke dalam bekas.
  3. Sediakan juga sos keju dalam bekas berasingan.

Susun Nachos Bar

  1. Letakkan semua bahan dalam bekas berasingan dan susun di atas meja.
  2. Tetamu hanya perlu ambil nachos dan tambah topping serta sos ikut selera masing-masing.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Chikuro cheese leleh jadi kegilaan! Ini cara buat sendiri... Tak payah beratur panjang, lebih jimat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Sedapnya sos krim ketumbar, bau pun wangi... Tak perlu masak, kisar-kisar siap!

Terhangat