KUALI | Moden

Mahu ayam 'butter' cili santan enak tak terkata? Jangan 'tinggal' mentega, daun kunyit

Lead Image

KEPADA penggemar hidangan berasaskan santan, resipi ayam 'butter' cili santan ini ini wajar dicuba. 

Menggabungkan bahan seperti mentega, serai dan daun kunyit, hidangan ini menggabungkan rasa pedas dan berlemak.

Ditambah dengan aroma harum daun kunyit dan serai, resipi dikongsi  oleh pempengaruh masakan Hamdan Mubarak ini pasti membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta sebaik menjamahnya.

Hidangan penuh berkrim ini lebih enak kerana dimasak bersama mentega.

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam
  • 1/2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah
  • 1/2 buku mentega
  • 1 batang serai
  • 1sudu besar sos tiram
  • 1/2 kotak santan
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil asam jawa
  • 1 helai daun kunyit
  • Garam
  • Air

MENARIK DIBACA: 5 menu bajet pilihan rakyat Malaysia ketika poket kering, kenyang tanpa belanja besar

MENARIK DIBACA: Nikmat asam rebus ikan naik ke 'next level' lepas tambah nanas, bunga kantan

Langkah penyediaan

  1. Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Kisar halus bawang besar, bawang putih dan cili merah lalu tumis dengan mentega yang dicairkan.
  3. Masukkan serai yang dititik bersama serbuk kunyit dan gaul sehingga rata.
  4. Masukkan sos tiram, santan, air dan air asam jawa secukupnya.
  5. Perasakan dengan garam dan biarkan sehingga mendidih.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi kemudian gaul hingga sebati.
  7. Akhir sekali taburkan daun kunyit yang dihiris untuk tambah aroma yang lebih memikat.
  8. Biarkan seketika dan siap untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Sedapnya sos krim ketumbar, bau pun wangi... Tak perlu masak, kisar-kisar siap!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Rahsia 'sardine roll' enak, tak berminyak... Ramai buat silap masa menggoreng

Terhangat