Rahsia 'sardine roll' enak, tak berminyak... Ramai buat silap masa menggoreng
ROTI sardin gulung (sardine roll) menjadi kudapan kegemaran ramai, terutama bagi mereka yang membesar dengan juadah klasik mak-mak di rumah.
Seorang pengguna Threads dikenali sebagai Nrlsynmrf berkongsi resipi mudah menggunakan roti putih hampir luput, cara bijak untuk elak pembaziran sambil menikmati juadah enak.
Satu tip paling penting, minyak perlu dipanaskan betul-betul agar hasil gorengan roti lebih rangup tanpa minyak meresap (makan minyak).
Jadi, jom cuba buat roti sardin gulung, paling sesuai untuk minum petang bersama keluarga dan tetamu yang bertandang ke rumah.

Bahan-bahan
- 1 bungkus roti buku
- 1 tin besar sardin
- 1 biji bawang Holland (dihiris halus)
- 3 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar sos tomato
- 1/2 kiub ayam
- Sedikit garam (secukup rasa)
- 1 biji telur, (dipukul untuk salut roti)
- Minyak
MENARIK DIBACA: Tak guna belacan pun sambal totok Jawa tetap ‘menyala’, makan pula dengan nasi panas-panas
MENARIK DIBACA: Bukan sekadar ulam, ini fungsi timun dalam asam pedas dan masak lemak
Cara penyediaan
Inti sardin
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang Holland sehingga wangi.
- Masukkan sardin, sos cili, sos tomato dan kiub ayam.
- Gaul rata dan masak sehingga sedikit pekat.
- Tambah garam secukup rasa. Ketepikan dan biarkan sejuk seketika sebelum dihancurkan isinya.
Gulung roti
- Ambil sekeping roti.
- Letakkan inti sardin di tengah roti.
- Gulung atau lipat roti sehingga inti tersembunyi sepenuhnya.
Salut telur
- Celup gulungan roti dalam telur yang telah dipukul hingga kembang. Pastikan semua bahagian roti disalut.
Goreng roti
- Panaskan minyak dalam kuali sehingga betul-betul panas.
- Goreng roti selama 3 minit sahaja atau sehingga kuning keemasan.
- Angkat dan toskan seketika sebelum dihidangkan.