KUALI | Tip & Trik

Bukan sekadar ulam, ini fungsi timun dalam asam pedas dan masak lemak

Lead Image

PENGGUNAAN timun dalam masakan asam pedas dan masak lemak bukan sekadar hiasan atau bahan sampingan.

Timun sebenarnya mempunyai fungsi penting dalam mengurangkan rasa pedas, menambah kesegaran pada hidangan agar lebih sedap.

Salah satu sebab utama timun dapat mengurangkan rasa pedas ialah kandungan airnya yang sangat tinggi.

Rasa timun rangup juga enak dijadikan sebagai ulam.

Air dalam timun membantu mencairkan kepekatan cili dan rempah pedas dalam kuah, sekali gus melembutkan rasa pedas terlalu kuat.

Apabila dimasukkan ke dalam asam pedas atau masak lemak, timun menyerap sebahagian rasa pedas dan menjadikan kuah lebih ringan.

Selain itu, timun mempunyai rasa semula jadi sejuk dan neutral dan kelebihan ini membantu menenangkan deria rasa di lidah selepas terkena kepedasan cili.

MENARIK DIBACA: Ada rahsia maggi murtabak bertambah sedap, tak hairan ramai mula ketagih

MENARIK DIBACA: Resipi daging goreng berlengas cara orang Kelantan, memang bertambah nasi

Dalam masakan asam pedas, timun tunggu menambah rasa segar seimbang dengan masam daripada asam jawa atau belimbing buluh.

Penggunaan timun dalam masak lemak pula sering digunakan untuk mengimbangi rasa lemak santan pekat.

Gabungan santan, cili dan timun menghasilkan rasa lebih harmoni tidak muak malah hidangan lebih lembut serta berkrim.

Timun juga mampu kurangkan pedas kuah masak lemak.

Cara penggunaan sayur ini dalam masakan bagaimanapun ada caranya. Timun perlu dipotong kasar dan dimasukkan pada peringkat akhir memasak supaya teksturnya kekal rangup dan tidak terlalu lembik.

Dengan cara ini, timun dapat mengekalkan rasa segar sambil terus membantu mengurangkan kepedasan kuah.

Timun juga menyumbang kepada nilai pemakanan kerana kandungan vitamin, mineral dan serat serta membantu menyejukkan badan.

Ini menjadikan hidangan pedas seperti asam pedas lebih selesa dimakan, terutamanya bagi mereka yang sensitif terhadap makanan pedas.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Jus rasa bawang dan cili? Hilangkan bau degil pengisar dengan 5 bahan ini

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Bukan sahaja masakan jadi lebih sedap, ada sebab cef profesional pilih guna bawang putih ungu

Terhangat