KUALI | Nutrisi

Puasa di udara lebih mencabar! Juruterbang kongsi tip sahur supaya kekal bertenaga

Lead Image

PENGALAMAN juruterbang ketika mengendalikan pesawat yang beratnya beratus-ratus tan pada ketinggian 35,000 kaki sewaktu berpuasa rupa-rupanya berbeza dengan hari-hari biasa.

Menerusi hantaran seorang juruterbang dikenali Abangcaptain di Facebook, dia berkongsi cabaran seorang juruterbang sewaktu berada di kokpit ketika berpuasa.

Menurutnya, berpuasa di udara ada cabaran unik berbanding berpuasa di darat, antaranya dehidrasi pantas. 

Jelasnya, kelembapan di dalam kabin pesawat sangat rendah iaitu sekitar 10 hingga 20 peratus. 

Juruterang akan berasa lebih cepat letih dan hilang fokus jika kekurangan air.

Tanpa pengambilan air, juruterang akan berasa lebih cepat letih dan hilang fokus sehingga mengalami tekanan keputusan (decision making) yang disebabkan oleh hipoglikemia, iaitu kekurangan gula dalam darah.

Keadaan ini boleh menjejaskan fungsi kognitif, sedangkan dalam situasi kecemasan, seseorang juruterbang itu perlukan ketajaman mental 100 peratus untuk membuat keputusan tepat.

Dalam hantaran yang dikongsikan, Abang Captain turut memberikan tip pemakanan sahur untuk juruterbang ketika mengemudi pesawat semasa bulan puasa.

Pengambilan karbohidrat ringkas sepertiroti putih dan mi segera yang memberikan tenaga sementara dan rasa cepat letih berbanding oat dan barli.

1. Karbohidrat kompleks (tenaga 'slow release')

Juruterbang akan elak mengambil karbohidrat ringkas seperti roti putih dan mi segera yang memberikan tenaga sementara dan rasa cepat letih. 

Sumber yang baik diambil adalah seperti oat, muesli dan barli kerana kaya dengan serat yang melepaskan tenaga secara perlahan.

Makanan seperti nasi perang dan roti gandum penuh juga sangat disarankan untuk membantu menstabilkan gula dalam darah agar fokus di kokpit tidak terjejas.

Protein membantu mengawal rasa lapar dan menjaga otot daripada cepat lesu.

2. Protein berkualiti (kenyang lebih lama)

Protein membantu mengawal rasa lapar dan menjaga otot daripada cepat lesu.

Antara sumber protein yang baik diambil seperti telur kerana mudah dan padat dengan nutrisi.

Dada ayam dan ikan bakar juga baik kerana rendah lemak dan membantu memberikan rasa kenyang yang konsisten.

Minum dua hingga tiga gelas air putih secara berperingkat selain buah tinggi kandungan air.

MENARIK DIBACA: Tular karipap mahal 4 biji RM10, wanita terpikat lepas pergi 'siasat' sendiri gerai - "Makan sampai terangguk-angguk"

MENARIK DIBACA: Puding kurma guna 3 bahan, 'syahdu' masuk mulut sejuk-sejuk lepas berbuka

3. Hidrasi strategik (lawan udara kering dalam kabin)

Disebabkan kelembapan udara dalam pesawat sangat rendah, hidrasi semasa sahur adalah kritikal.

Jadi, sangat penting seseorang juruterbang itu minum antara dua hingga tiga gelas air kosong secara berperingkat (jangan minum terlalu banyak sekali gus untuk elak kembung).

Buah tinggi kandungan air seperti tembikai, timun dan oren juga diambil untuk menyimpan cecair semula jadi dalam tubuh.

Minum air kelapa ketika bersahur juga bagus kerana kaya dengan elektrolit untuk mengimbangi garam dalam badan.

Pengambilan lemak sihat seperti avokado penting untuk penyerapan nutrisi dan kekacang untuk membekalkan lebih tenaga.

4. Lemak sihat (fungsi otak dan ketajaman mental)

Lemak sihat penting untuk fungsi kognitif yang diperlukan semasa membuat keputusan kritikal.

Sebagai contoh, buah avokado membantu penyerapan nutrisi dan memberikan rasa puas selepas makan.

Pengambilan kekacang seperti badam dan walnut pula sesuai diambil sebagai tambahan dalam oat untuk membekalkan lebih tenaga.

Juruterbang disaran tidak mengambil minuman berkafein serta makanan tinggi garam dan gula sewaktu bersahur kerana boleh menyebabkan rasa mengantuk dan haus.

5. Apa yang perlu dielakkan juruterbang ketika bersahur?

Elak ambil minuman berkafein seperti kopi dan teh kerana bersifat diuretik yang menyebabkan kerap membuang air kecil dan lebih cepat dehidrasi.

Pengambilan garam berlebihan juga akan menarik air keluar dari sel badan dan menyebabkan rasa dahaga melampau pada waktu siang.

Elakkan juga mengambil makanan tinggi gula kerana boleh membuatkan rasa mengantuk selepas bersahur.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Berbuka dengan juadah gorengan memang sedap, tapi awas risiko ketika perut kosong

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Tak sangka santan boleh jadi syampu... Bantu lebatkan rambut, atasi masalah gugur

Terhangat