Tular karipap mahal 4 biji RM10, wanita terpikat lepas pergi 'siasat' sendiri gerai - "Makan sampai terangguk-angguk"
KARIPAP pusing yang dijual pada harga empat biji RM10 tular selepas seorang pelanggan tidak berpuas hati dengan harga ditetapkan peniaganya.
Berdasarkan perkongsian pelanggan tersebut, peniaga karipap berkenaan berniaga di dua lokasi, iaitu di Bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri dan Presint 3, Putrajaya.
Bagaimanapun selepas posting itu tular, ramai pelanggan lain tampil mendedahkan bahawa karipap tersebut enak, bersaiz besar serta isi padat setanding harganya.

"Pergi bazar Presint 3 tu beli karipap viral empat biji RM10. Aku ambil daging dengan ayam, masuk je azan Maghrib karipap tu aku jamah dulu.
"You know what? Worth every penny! Isi daging isi ayam seketul-seketul dalam karipap tu. Isi padat eh, bukan oksigen, sedap gila.
"Masa makan karipap tu rasa seronok sampai terangguk-angguk sebab sedap sangat. Rasa 'justify' harganya," seorang pelanggan meluahkan keterujaannya di Threads.
MENARIK DIBACA: Senarai restoran tawar aneka sajian Melayu dengan suasana kampung ala Rembayung
MENARIK DIBACA: Bufet licin 10 minit lepas waktu berbuka... Hotel kedekut atau tetamu tamak? -"Mindset kata aku bayar mahal"
Disebabkan terlalu sedap, dia malah pergi ke gerai sama keesokan hari untuk membeli sekali lagi kuih Melayu berkenaan.
Perkongsiannya itu turut dipersetujui pelanggan lain yang biasa membeli karipap tersebut, di mana ia turut dijual pada hari-hari biasa dalam bentuk sejuk beku (frozen).
"I beli 'frozen' dan ya memang penuh inti, cuma kena pandai goreng sebab inti dia penuh. Kalau goreng terlalu sekejap, dalam tu sejuk beku lagi, kena api kecil je.
"Kita goreng karipap yang 'frozen' untuk berbuka. Memang 'best'. Kalau karipap telur, separuh telur rebus dalam tu. Kalau karipap daging, daging dia berketul-ketul.
"Kalau karipap tu harga mahal tapi inti penuh padat memang berbaloi. I dah beli karipap sardin dia ye, kentang dengan sardin memang puas hati tiga biji makan pun rasa tak cukup," antara komen pelanggan lain.

Dalam pada itu ada juga individu yang kecewa dengan sikap segelintir pelanggan yang lebih suka mengkritik dan menularkan perniagaan orang lain tanpa alasan kukuh.
"Tak tau kenapa orang merentan tengok harga tapi belinya tidak.
"Sampai bila kita nak normalisasikan kuih-kuih kita ni kena jual murah. Kalau churos, coklat leleh segala mak nenek viral orang tak kisah pun beli tanpa tengok harga, tapi bila kuih Melayu, mereka kata 'modal cuma tepung'," kata individu tersebut.
Dalam pada itu, pasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup KPDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjalankan siasatan ke atas gerai di Bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri pada Sabtu lalu susulan aduan diterima.
Pemeriksaan mendapati tanda harga dipamerkan dengan jelas.
Pekerja gerai tersebut memaklumkan harga jualan adalah sama seperti tahun 2025 walaupun pembekal telah menaikkan harga.
Satu telah diserahkan peniaga diberi tempoh tiga hari bekerja untuk mengemukakan maklum balas.
INFO GERAI
Karipap Pusing NH
Lokasi: Bazar Ramadan Bandar Tasik Puteri dan Presint 3, Putrajaya
Lot: Tapak 64 (Putrajaya)
Popular: Karipap ayam, kambing, daging, telur dan sardin. Turut jual samosa dan popia.
