info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Selebriti

Miliki darah Jerman, Nicholas Saputra kongsi selera makanan lokal

Lead Image

PESONA aktor yang terkenal menerusi watak Rangga dalam filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) itu pernah membuatkan ramai wanita jatuh cinta.

Bergelar seorang pelakon popular, banyak hal mengenai pelakon berdarah Jerman - Indonesia itu sering menjadi perhatian peminat, termasuk sisi peribadinya yang jarang dikongsikan kepada umum.

Menerusi temu bual bersama sebuah portal gaya hidup, aktor Nicholas Saputra secara ekslusif berkongsi tentang tiga makanan lokal (Indonesia) yang menjadi kegemarannya.

Apakah makanan yang menjadi pilihan pemilik nama lengkap Nicholas Schubring Saputra itu?

Tumis melinjo ikan bilis merupakan masakan terkenal di Kepulauan Jawa, Indonesia.

1. Tumis daun melinjo ikan bilis

Tumis daun melinjo dengan ikan bilis ialah hidangan sayur tradisional yang menggabungkan rasa pahit daun melinjo muda dengan rasa masin daripada ikan bilis rangup. 

Hidangan ringkas yang dipercayai berasal dari Kepulauan Jawa ini sangat popular sebagai masakan rumahan, terutama di Indonesia kerana ia sangat membuka selera dan mudah disediakan.

Selain daun melinjo dan ikan bilis, makanan istimwa ini turut menggunakan bahan asas lain seperti bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili padi untuk rasa pedas.

MENARIK DIBACA: Kundur laku keras, jadi 'bantal' sejuk haiwan kesayangan ketika cuaca panas

MENARIK DIBACA: Buat malam, pagi makan! Chia seeds yogurt sarapan ringkas, enak dan berkhasiat

Hidangan ringkas bakmi juga menjadi makanan kegemarannya.

2. Bakmi wantan goreng

Bakmi merupakan sejenis masakan berupa mi berasaskan tepung gandum dan dimakan bersama wantan goreng.

Mi akan direbus kemudian ditapis dan digaul di dalam mangkuk bersama minyak ayam, minyak bawang dan kicap.

Sebagai pelengkap biasanya diletakkan daging ayam cincang atau daging yang dimasak kicap bersama sayur-sayuran antaranya cendawan, sawi dan daun bawang.

Nicholas juga sangat menggemari masakan dari Bali iaitu ayam betutu.

3. Ayam betutu

Ayam Betutu ialah hidangan tradisional khas dari Bali, Indonesia, yang terkenal dengan rasa pedas serta kaya dengan rempah-ratus.

Perkataan 'Betutu' merujuk kepada kaedah memasak perlahan (slow-cooked) di mana ayam disalut dan disumbat dengan campuran rempah khas Bali yang dipanggil bumbu betutu.

Ayam kemudiannya akan ibungkus dengan daun pisang sebelum dikukus atau dipanggang dalam tempoh yang sangat lama iaitu 12 jam.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Selebriti

Teater muzikal Tomyam Berdarah papar misteri kematian cef dalam periuk

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Selebriti

[V] Adam Corrie jatuh cinta dengan rendang ayam isteri, tambah nasi 3 kali

Terhangat