info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Selebriti

[V] Adam Corrie jatuh cinta dengan rendang ayam isteri, tambah nasi 3 kali

Lead Image

DI sebalik wajahnya yang nampak bengis, masih terdapat sisi lembut pada pelakon Adam Corrie yang dapat dilihat melalui layanannya terhadap isteri, Fazima Mohd Fuad.

Adam atau nama lengkapnya Adam Corrie Lee Abdullah, 58, berkata, jika di rumah dia sering membantu isteri di dapur seperti memotong dan menyiapkan bahan memasak.

Menurut pelakon yang sering memegang watak antagonis itu, walaupun tidak pandai memasak, dia sering membantu isteri yang digelar 'bidadari'.

Adam Corrie bersama isteri, Fazima dan anak tunggal mereka, Adam Fateh Lee.

"Saya tak pandai masak, tapi saya suka memasak.

"Saya selalu bantu 'bidadari' saya di dapur. 

"Sebagai contoh, kalau isteri masak, saya bantu potong cili, bawang dan sediakan bahan-bahan dapur," ujar Adam.

MENARIK DIBACA: [V] Ikut bapa berniaga sejak kecil, Donna Muslim sambung bisnes popia keluarga

MENARIK DIBACA: Jadi doktor sebab mak suruh, pemilik Pondok Minang kongsi kisah 'lari' dari bertugas di hospital

Ketika disoal tentang air tangan isteri yang paling digemari, pemegang watak Dragon dalam filem KL Gangster itu memuji sajian asam laksa dan rendang ayam Fazima.

Malah, Adam mengakui boleh makan sehingga tiga pinggan nasi jika isteri yang mesra disapa Fazi menyediakan rendang ayam di rumah.

"Ada dua masakan isteri yang saya suka iaitu asam laksa dan rendang ayam.

"Kalau isteri masak rendang, saya boleh tambah tiga pinggan nasi," ujar Adam.

Selain berlakon, Adam juga merupakan pengusaha restoran, Kopihut.

Untuk air tangannya pula, Adam berkata isterinya sangat menggemari hidangan ayam kicap cendawan yang juga merupakan resipi ibunya.

"Ayam kicap cendawan merupakan resipi mak saya yang diolah sedikit kerana saya tambah cili padi.

"Kalau saya masak ayam kicap cendawan, isteri memang tak cukup sepinggan nasi," ujar pemilik restoran Kopihut itu.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Selebriti

Miliki darah Jerman, Nicholas Saputra kongsi selera makanan lokal

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Selebriti

"Ayam gepuk 'for life', tapi jangan buka kedai lagi" - Imran Ajmain

Terhangat