KUALI | Video

Jadi doktor sebab mak suruh, pemilik Pondok Minang kongsi kisah 'lari' dari bertugas di hospital

MENERUSI episod terbaharu podcast Campak-Campak Jadi, Apek yang merupakan pemilik gerai Pondok Minang berkongsi perjalanan hidupnya.

Apek pada asalnya bergelar doktor perubatan sebelum berjaya membina nama menerusi masakan Padang yang semakin digemari ramai.

Menurutnya, minat terhadap masakan tradisional Minang sudah wujud sejak kecil kerana dibesarkan dalam keluarga yang kuat berpegang kepada resipi warisan turun-temurun.

Titik perubahan dalam hidupnya berlaku ketika pandemik Covid-19 apabila ibunya mula mengajar pelbagai resipi keluarga yang sebelum ini hanya dimasak untuk dinikmati sendiri.

Dari situlah timbul keberanian untuk mencuba nasib dalam bidang perniagaan makanan dengan membuka gerai kecil-kecilan yang menampilkan lauk-pauk rasa asli dari Padang.

Tidak mengambil masa lama, keenakan masakan serta penggunaan resipi tradisional berjaya menarik perhatian pelanggan sehingga Pondok Minang kini menjadi antara gerai pilihan penggemar masakan Minang autentik.

TONTON VIDEO PENUH DI YOUTUBE KUALI

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok dan Facebook

Video Popular