KUALI | Trending

Perhatikan 5 'red flags' gerai di bazar Ramadan, jika nampak elak singgah

Lead Image

HAMPIR semua pengunjung bazar Ramadan mementingkan kesedapan dan kebersihan sebelum mengeluarkan wang untuk membeli juadah yang dijual.

Kedua-dua aspek ini bagaimanapun agak sukar dinilai dengan mata kasar sahaja.

Keenakan kuih yang dibeli misalnya hanya dapat dibuktikan apabila kita makan ketika berbuka, begitu juga kebersihan sesuatu makanan yang nampak menyelerakan, hakikatnya sudah tercemar.

Bagaimanapun, terdapat beberapa petunjuk yang boleh dilihat oleh pelanggan sebelum membuat keputusan singgah untuk membeli di sesebuah gerai.

Makanan yang dimasak terlalu awal dan dibiar terdedah mungkin ada bakteria.

Public Health Malaysia dalam perkongsiannya di Facebook menyenaraikan 5 'red flags' peniaga bazar Ramadan berkemungkinan mengabaikan aspek kebersihan.yang boleh dilihat pengunjung

Justeru, perhatikan 5 perkara ini sebelum anda membuat keputusan membeli:

Cara, tempoh hidangan

Tengah hari makanan dah siap terhidang, tidak memasak di depan pelanggan.

Terdedah terlalu lama pada suhu bilik akan menyebabkan ia tercemar dengan bakteria.

Tong ais berdaki

Ais juga boleh menjadi salah satu punca cirit birit dsebabkan kuman.

Sarung tangan

Peniaga pakai sarung tangan tapi pegang duit, kain dan barangan lain (cross-contamination).

Tindakan peniaga itu bukan untuk pastikan makanannya bersih, sebaliknya cuma memindahkan kuman dari satu benda ke satu benda lain.

MENARIK DIBACA: Peniaga bazar perlu patuh 4 syarat ini sebelum berniaga, pakai cincin antara larangan ketika kendali makanan

MENARIK DIBACA:  Mulut bau bangkai walaupun jaga kebersihan oral, hati-hati 5 penyakit ini boleh jadi punca

Kain

Ramai peniaga tetap guna kain lap walau sudah terlalu kotor sampai bertukar warna hitam. Ada juga yang gunakan kain basah berulang-ulang kali.

Barang kemas/aksesori

Harus diingat barang kemas besar yang dipakai peniaga boleh memerangkap kotoran.

Kesimpulannya, pelanggan perlu sedar bahawa makanan yang nampak elok atau bersih pun boleh jadi punca cirit-birit.

Kebanyakan kita menyangka keracunan makanan atau disebabkan makanan pedas atau ada yang mengaitkannya dengan 'angin'.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Tular karipap mahal 4 biji RM10, wanita terpikat lepas pergi 'siasat' sendiri gerai - "Makan sampai terangguk-angguk"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Bufet licin 10 minit lepas waktu berbuka... Hotel kedekut atau tetamu tamak? -"Mindset kata aku bayar mahal"

Terhangat