'Chicken chop' aneh versi mamak jadi bualan, 'fish and chips' ada kacang panjang
KECEWA rasanya apabila makanan dipesan tak seperti dibayangkan, lebih-lebih lagi ketika perut sangat lapar.
Seorang individu berkongsi pengalaman memesan chicken chop di sebuah kedai mamak dan mengundang perhatian ramai gara-gara hidangan diterima berbeza daripada jangkaan.
“First and last order chicken chop kat kedai mamak,” tulisnya, sambil berkongsi gambar makanan berkenaan.

Menerusi foto dikongsikan, hidangan itu terdiri daripada sekeping isi ayam, kentang goreng, roti ban, hirisan lobak merah dan timun, selain sos serta mayonis.
Susunan bahan-bahan dalam hidangan itu juga mencuri perhatian, malah ada yang turut berkongsi pengalaman masing-masing ketika memesan makanan barat di kedai mamak.
Ada netizen menceritakan pengalaman menikmati fish and chips versi mamak yang menggunakan ikan tenggiri, manakala seorang lagi terkejut apabila hidangan dipesan disertakan dengan kacang panjang.

“Belum lagi korang tengok fish and chips versi mamak guna ikan tenggiri.
“Belum lagi, kawan. Saya beli fish and chips mamak. Ada kacang panjang. Ingatkan asparagus.
“Dua rules untuk Malaysian, jangan order western dekat mamak dan kedai Pattani,” demikian kesimpulan dibuat netizen.