KUALI | Resipi Tradisi
Puding kurma guna 3 bahan, 'syahdu' masuk mulut sejuk-sejuk lepas berbuka
KURMA bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja tetapi air rendamannya juga sering dijadikan minuman khususnya pada Ramadan.
Tetapi ramai tidak tahu buah ini juga boleh dijadikan pencuci mulut seperti puding yang enak dan berkhasiat.
Lebih menarik, cuma tiga bahan sahaja diperlukan untuk membuat hidangan puding kurma ini.

Bahan-bahan
- 5-7 biji kurma (dicuci bersih dan keluarkan bijinya)
- 200ml susu penuh krim
- 1 sudu besar serbuk agar-agar jernih
MENARIK DIBACA: Awalnya dapat tapak tengah, tiba-tiba 'dicampak' ke lot hujung! Peniaga bazar Ramadan risau jualan tak laku
MENARIK DIBACA: Ada lebih 1,500 spesies di dunia... Ketahui jenis, jangka hayat kurma dibawa masuk ke Malaysia
Langkah penyediaan
- Masukkan kurma yang telah dicuci dan dibuang biji ke dalam mesin pengisar.
- Tuang susu penuh krim dan serbuk agar-agar lalu kisar sehingga lumat.
- Sediakan kuali atau periuk, kemudian tuang bahan dikisar tadi lalu hidupkan api.
- Masak sehingga adunan tadi mendidih kemudian ketepikan seketika.
- Tuang adunan tadi dalam bekas mengikut cita rasa anda lalu sejukkan dalam peti sejuk.
- Puding kurma ini sangat sedap jika dimakan ketika sejuk terutama selepas berbuka puasa.
