KUALI | Resipi Tradisi

Sup petola suhun, paling nikmat makan ketika hujan atau cuaca sejuk

Lead Image

TIDAK perlu lauk berat untuk menikmati hidangan yang membuatkan tekak selesa terutama ketika bersahur.

Sup petola suhun ini bukan sahaja mudah dimasak, malah mengandungi gabungan sayur sayuran dan protein daripada telur yang baik untuk tubuh. 

Paling menarik, resipi ringkas dan berkhasiat ini hanya menggunakan bahan asas dapur dan cepat untuk disediakan.

Resipi sup petola suhun ringkas dan menjimatkan masa.

Bahan-bahan

  • 1 batang petola (dipotong bulat)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 biji bawang Holland (dihiris)
  • 1/2 batang lobak merah (dihiris)
  • 2 biji telur
  • Suhun (direndam air panas)
  • 1 paket serbuk sup sayur
  • Bawang goreng
  • Air (secukupnya)

MENARIK DIBACA: [V] "Dulu nasi pun lembik" - Erma Fatima mengaku tak pandai masak, hanya masuk dapur lepas kahwin

MENARIK DIBACA: 5 jenis buah dan sayur paling sesuai untuk pesakit buah pinggang, diabetes

Langkah penyediaan

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang Holland sehingga naik bau dan bertukar warna keperangan.
  2. Masukkan air secukupnya berserta lobak merah lalu biarkan seketika sehingga lobak merah empuk.
  3. Masukkan petola yang telah dipotong, serbuk sup sayur dan suhun lalu kacau sehingga sebati.
  4. Pecahkan dua biji telur dan biarkan sehingga mendidih.
  5. Akhir sekali taburkan bawang goreng untuk aroma lebih memikat.
  6. Siap untuk dihidangkan.

     

     

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Puding kurma guna 3 bahan, 'syahdu' masuk mulut sejuk-sejuk lepas berbuka

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Ayam goreng sambal hijau... 'Confirm' tak cukup sepinggan nasi

Terhangat