Air madu citron bantu sembuhkan batuk berpanjangan
BATUK yang berlarutan lebih dari seminggu sememangnya membuatkan kita tak selesa kerana ia bukan sahaja mengganggu tidur, malah tekak pedih, gatal dan suara menjadi serak.
Walaupun kebanyakan batuk berpunca daripada selesema biasa atau iritasi ringan, simptom yang tidak hilang-hilang ini boleh menjejaskan rutin harian terutamanya pada bulan puasa.
Salah satu cara semula jadi yang dikatakan mampu membantu melegakan batu dan ketidakselesaan tekak ialah air madu citron.
Minuman ini bukan sekadar menyegarkan, malah boleh membantu mengurangkan rasa gatal dan ketidakselesaan pada tekak.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Threads, dia mencuba petua minum air madu citron bagi menghilangkan batuk.
Menurutnya, dia tertarik untuk mencuba selepas melihat perkongsian pengguna lain mengenai keberkesanan minuman tersebut.
“Saya nampak di Threads ada seorang akak berkongsi tentang amalan minum air honey citron jika batuk tidak hilang.
“Sekali cuba minum, terus hilang batuk… sekarang saya berikan kepada anak-anak pula. Alhamdulillah, batuk mereka pun tidak berpanjangan,” kongsinya.
MENARIK DIBACA:Teknik mudah simpan daun ketumbar guna balang... Beli seikat tahan sebulan, aroma kekal segar
MENARIK DIBACA: Hanya sembur 3 kali sehari, toner DIY cengkih dan air beras bantu serikan wajah
Mungkin ramai yang belum mengetahui bahawa minuman ini diperbuat daripada buah sitrus yang dikenali sebagai Yuja, sangat popular di Korea Selatan.
Kebiasannya di negara tersebut, ia diminum ketika cuaca sejuk atau semasa seseorang itu mengalami sakit tekak dan batuk.
Air madu citron dipercayai dapat membantu mengurangkan rasa gatal pada tekak kerana kandungan madunya yang bersifat melembapkan dan menenangkan.

Kajian menunjukkan madu boleh membantu mengurangkan kekerapan dan keterukan batuk terutamanya pada waktu malam.
Malah, buah Yuja kaya dengan vitamin C yang membantu menyokong sistem imun badan.
Cara penyediaan:
- Masukkan satu hingga dua sudu besar pes madu citron ke dalam cawan.
- Tuang secawan air suam ke dalam cawan tersebut. Pastikan air tidak terlalu panas atau mendidih supaya khasiat madu dapat dikekalkan.
- Kacau bancuhan sehingga sebati dan minum secara perlahan-lahan ketika masih suam.
INFO TAMBAHAN
Citron dan lemon adalah berbeza, walaupun kedua-duanya tergolong dalam keluarga sitrus yang sama.
Citron adalah buah sitrus asli, manakala lemon adalah buah hibrid (kacukan) yang terhasil daripada campuran citron dan oren.