Jangan abai masalah kencing berbuih, cuba petua ini sebelum terlambat
RAMAI yang menganggap masalah kencing berbuih sebagai perkara biasa dan tidak berbahaya.
Namun hakikatnya, kencing berbuih menjadi isyarat awal badan sedang memberi amaran tentang masalah kesihatan terutama membabitkan fungsi buah pinggang.
Sebagai langkah pencegahan awal, seorang pengguna Facebook bernama Mastiah Sangkong berkongsi satu petua mudah menggunakan dua bahan untuk mengatasi masalah kencing berbuih.

Selain merawat masalah kencing berbuih, petua sama juga membantu mengatasi masalah kerap kencing pada waktu malam.
Bagaimanapun sekiranya masalah tersebut masih berlarutan, dinasihatkan agar melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital bagi mengelakkan masalah lain berkaitan buah pinggang.
Ini termasuk sekiranya seseorang memang mempunyai sejarah penyakit kronik seperti darah tinggi dan diabetes.
MENARIK DIBACA: Pelanggan bayar 'air' bukan isi, Youtuber dedah taktik kotor peniaga King Crab
MENARIK DIBACA: Digelar mi 'benang salji', warisan 300 tahun yukino ito somen kekal ke hari ini
Bahan-bahan
- Halia
- Timun
- Air panas
Langkah penyediaan
- Hiris halia dan timun lalu masukkan ke dalam gelas.
- Tuangkan air panas dan biarkan sehingga suam.
- Minum air rendaman halia dan timun setiap malam sebelum tidur.
- Amalkan selalu sehingga kencing tidak lagi berbuih.