KUALI | Nutrisi

Air rebusan jagung rupanya banyak khasiat, paling best boleh turunkan berat badan

Lead Image

BIASANYA air rebusan jagung akan dibuang namun di beberapa negara Asia Tenggara seperti Vietnam ia dijadikan minuman.

Air rebusan jagung tidak dibuang kerana ia menyimpan pelbagai manfaat untuk kesihatan.

Bukan sekadar pelepas dahaga, air rebusan jagung dipercayai berkesan untuk menyejukkan badan, membantu menyingkirkan toksin serta menyokong fungsi buah pinggang.

Pakar perubatan tradisional percaya, ia mempunyai banyak kebaikan termasuklah;

Khasiat dimiliki air rebusan jagung melambatkan proses penuaan.

1. Melambatkan proses penuaan

Air rebusan jagung mengandungi pelbagai vitamin seperti A, B1, B2, B6, C dan K, selain mikronutrien semula jadi.

Kandungan ini membantu menguatkan sistem imun, melindungi sel tubuh dan seterusnya melambatkan proses penuaan.

Air rebusan jangan membantu mengelakkan masalah hati berlemak.

2. Menyegarkan tubuh dan menyingkirkan toksin

Antioksidan dalam air rebusan jagung membantu meningkatkan fungsi hati dan sistem perkumuhan, sekali gus membantu tubuh membersihkan toksin.

Proses ini juga berpotensi seperti penyakit hati berlemak.

Air rebusan jagung mempunyai kesan diuretik yang membantu tubuh membuang lebihan air

3. Menyokong penurunan berat badan

Air rebusan jagung rendah kalori dan  serta toksin.

MENARIK DIBACA: Ada 5 petua pilih bawang, penentu keenakan masakan

MENARIK DIBACA: Elak melekat dan lembik, rebus mi laksa pun ada teknik

Begitu pun, untuk dapatkan kesan efektif, ia tetap perlu diamalkan bersama gaya hidup sihat.

Ia bantu mengurangkan bacaan kolestrol yang tinggi.

4. Mengawal paras kolesterol

Paras kolesterol yang tinggi sering dikaitkan dengan risiko penyakit jantung.

Oleh itu, pengambilan air rebusan jagung secara berkala dipercayai membantu mengawal paras kolesterol dalam darah. 

air rebusan jagung bersifat antiseptik dan diuretik.

5. Menjaga kesihatan saluran kencing dan buah pinggang

Bersifat antiseptik dan diuretik, air rebusan jagung membantu melawan jangkitan saluran kencing, mengurangkan keradangan serta meredakan ketidakselesaan.

Bagaimanapun, pengambilan air rebusan jagung perlu mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan sebelum mengamalkannya secara berkala.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Kebas kaki dan tangan petanda gula meroket, 3 bahan ini bantu legakan masalah saraf 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Jangan abai masalah kencing berbuih, cuba petua ini sebelum terlambat

Terhangat