KUALI | Nutrisi

Buah kedondong bukan saja enak dibuat jus, boleh dijadikan masker atasi masalah jerawat

Lead Image

BUAH kedondong dikenali sebagai ramuan popular dalam minuman kerana rasanya masam manis dan menyegarkan.

Namun, sebalik keenakan rasa buah tropika ini sebenarnya menyimpan pelbagai khasiat tersembunyi jarang diketengahkan.

Kedondong kaya dengan vitamin dan antioksidan memberi manfaat besar kepada kecantikan kulit bahkan pengambilan secara konsisten dipercayai membantu mengurangkan masalah jerawat.

Buah kedondong boleh dinikmati sebagai jus, dimakan segar atau dijadikan masker semula jadi.

Jerawat antara masalah kulit boleh meragut keyakinan diri.

Mengaplikasikan buah ini secara terus pada kulit memberikan nutrisi secara langsung, membantu mengurangkan jerawat serta menjadikan kulit lebih halus dan lembut.

Berikut adalah empat kandungan nutrisi dalam buah kedondong bermanfaat untuk atasi masalah jerawat:

Buah kedondong bukan saja enak dinikmati begitu sahaja tapi boleh dijadikan masker untuk kulit.

1.Kolagen rangsang penghasilan sel baharu

Kolagen memainkan peranan dalam merangsang pembentukan kulit anjal.

Pada masa sama bahan ini juga membantu mengurangkan parut jerawat dan mempercepatkan proses penyembuhan kulit.

Pengambilan buah kedondong secara konsisten melalui jus atau dimakan sebagai snek dapat membantu meningkatkan penghasilan kolagen secara semula jadi.

Pendedahan kulit wajah terhadap martahari boleh menyebabkan jerawat.

2.Antioksidan lawan radikal bebas

Buah kedondong juga mengandungi antioksidan kuat seperti flavonoid dan polifenol membantu melawan radikal bebas boleh merosakkan sel kulit dan menyebabkan keradangan.

Dengan pengambilan buah kedondong secara konsisten, jerawat dan kulit kusam dapat dikurangkan.

MENARIK DIBACA:Tak perlu guna racun serangga, serbuk kopi dan daun pandan cara mudah singkirkan kamitetep

MENARIK DIBACA:28 tahun minum susu lembu mentah, warga emas dijangkiti tibi

Selain itu, buah kedondong juga mempunyai sifat anti-radang berkesan menenangkan kulit dan kelebihan ini amat berguna bagi individu mempunyai kulit sensitif.

Kelebihan anti radang terkandung dalam buah kedondong dapat mengurangkan kemerahan dan bengkak akibat keradangan jerawat.

Cuba amalkan jus buah kedondong setiap kerana kandungan serat baik untuk sistem penghadaman.

3.Serat semula jadi

Serat membantu sistem pencernaan bekerja dengan baik dan system yang sihat akan menyingkirkan toksin dari badan.

Kulit bebas toksin dapat mengelak dari punca jerawat dan kelihatan berseri.

Buah kedondong juga kaya dengan vitamin A penting untuk pembaharuan sel kulit.

4.Kelebihan vitamin A

Buah kedondong juga kaya dengan vitamin A dan beta-karoten, nutrien penting untuk pembaharuan sel kulit.

Vitamin ini membantu kulit memperbaiki sel rosak akibat jerawat, menjaga kelembapan dan mengelakkan kulit daripada menjadi kering atau kasar.

Mineral penting lain seperti zat besi, kalsium dan magnesium terdapat dalam buah ini turut menyumbang kepada kesihatan kulit dan menyokong fungsi sel kulit.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Jangan abai masalah kencing berbuih, cuba petua ini sebelum terlambat

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Cara tradisional hilangkan lendir pada paru-paru perokok, cuma guna 3 bahan mudah dapur sahaja

Terhangat