KUALI | Nutrisi

28 tahun minum susu lembu mentah, warga emas dijangkiti tibi

Lead Image

SUSU lembu mentah terkenal kerana kaya dengan kalsium, protein, dan vitamin untuk menyokong kesihatan tubuh, menjadikannya pilihan ramai untuk diamalkan setiap hari.

Namun, pengambilan susu mentah juga berpotensi membawa risiko kesihatan seperti yang berlaku di Singapura baru-baru ini.

Menurut laporan Stomp, seorang lelaki warga emas dilaporkan menghidap penyakit tuberculosis (tibi) lembu pada manusia selepas mengamalkan rutin minum susu mentah selama berpuluh tahun.

Penyakit tibi lembu sangat jarang ditemui.

Lelaki berusia 73 tahun itu didiagnosis menghidap tibi yang disebabkan oleh bakteria mycobacterium bovis, iaitu bakteria yang biasanya ditemui pada lembu.

Kes ini amat jarang berlaku dan setakat ini merupakan satu-satunya kes tibi lembu pada manusia yang pernah direkodkan di negara itu.

Menurut Agensi Penyakit Berjangkit Singapura (CDA), cara penularan, pencegahan, dan rawatan tibi adalah sama, tanpa mengira jenis bakteria penyebabnya.

Selepas pemeriksaan terhadap kontak rapat pesakit, tiada seorang pun daripada mereka didapati positif tibi.

MENARIK DIBACA: Lucu tapi benar! Hampir 20 juta penduduk AS percaya susu coklat diperah langsung daripada lembu

MENARIK DIBACA: Berendam dalam ‘Hotpot Spring’ jadi kegilaan, boleh pilih sup pedas atau sayur

Siasatan lanjut mendedahkan bahawa pesakit pernah bekerja sebagai penternak lembu tenusu selama 28 tahun sehingga tahun 1990, dan sepanjang tempoh itu beliau minum sekurang-kurangnya segelas susu mentah setiap hari.

"Mycobacterium bovis boleh menular melalui susu dan produk tenusu yang tidak dipasteurkan,” kata wakil CDA.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan telah pun menjalani rawatan lengkap dan kini disahkan sembuh sepenuhnya.

Risiko tibi lembu ini boleh dielakkan sekiranya semua produk tenusu, termasuk susu mentah, dipasteurkan sebelum diminum atau digunakan dalam masakan.

Produk tenusu perlu melalui proses pemanasan susu pada suhu tertentu.

Proses pasteurisasi ialah proses pemanasan susu pada suhu tertentu untuk menyahaktifkan bakteria berbahaya seperti mycobacterium bovis.

Berdasarkan data global, tibi lembu hanya menyumbang sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan kes tibi pada manusia.

Kajian pada tahun 2013 menganggarkan peratusannya kurang daripada 1.4 peratus di luar Afrika.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Tak payah sayang terus buang! Bahaya guna kuali teflon bercalar, tingkat risiko kanser 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Kolesterol pembunuh senyap! Badan kurus jangan sangka sihat, ini 5 makanan bantu lindungi jantung

Terhangat