KUALI | Trending

Lucu tapi benar! Hampir 20 juta penduduk AS percaya susu coklat diperah langsung daripada lembu

Lead Image

SEBANYAK tujuh peratus atau 17.3 juta penduduk di Amerika Syarikat (AS) percaya susu coklat terhasil langsung daripada lembu berwarna coklat.

Kajian dijalankan oleh pusat penyelidikan Innovation Center for U.S, Dairy itu mungkin kedengaran lucu namun responden dewasa mempercayainya. 

Survey tersebut merupakan sebahagian daripada kempen pendidikan tenusu yang dikenali sebagai 'Undeniably Dairy'.

Ramai penduduk di AS tidak tahu bagaimana susu cokelat sebenarnya diproses.

Kekeliruan itu sekali gus membuktikan masih ramai lagi penduduk di AS tidak tahu asal usul susu yang mereka minum setiap hari dan proses dilalui untuk menghasilkan susu coklat.

Walaupun persoalan tentang tahap pengetahuan penduduk di AS dipertikai, namun penganjur menyifatkan ia sebagai petunjuk tahap literasi makanan dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan.

Pada masa sama, Innovation Center for U.S. Dairy dalam satu kenyataan berbaur sinis meminta penduduk di negara 'Uncle Sam' itu untuk memahami dan ambil tahu tentang apa mereka makan setiap hari.

MENARIK DIBACA: Kerap sembelit dan perut kembung? Boleh cuba air rebusan kulit nanas

MENARIK DIBACA: Sup ayam pedas guna banyak rempah baru sedap, hirup panas-panas memang syok!

"Susu coklat boleh dibuat sendiri di rumah dan ia bukan keluar terus daripada mana-mana lembu berwara coklat," kata kenyataan Innovation Center for U.S. Dairy.

Dalam satu kajian lain yang dijalankan, pengasas kepada organisasi Nirlaba FoodCrops, Cecily Upton mengatakan, situasi itu disebabkan tidak adanya kerangka pendidikan tentang asal usul bahan makanan di AS.

Buktinya, dalam satu kajian dijalankan terhadap sebahagian kanak-kanak di AS mendapati, rata-rata mereka terkejut apabila mengetahui kentang goreng berasal daripada kentang, manakala acar pula diperbuat daripada timun.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Banjir datang tanpa dijangka… Ini 5 ‘checklist’ makanan tahan lama patut disimpan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Pernah dengar fasal ikan sebelah? Ini fakta menarik tentangnya

Terhangat