Pernah dengar fasal ikan sebelah? Ini fakta menarik tentangnya
ANDA pernah dengar tak tentang ikan yang selalu dipanggil 'ikan sisa Nabi' atau 'ikan sebelah' ?
Mungkin ada antara anda yang masih belum mengenali ikan yang cukup sinonim dalam masyarakat Melayu ini.
Ikan ini memang sedap kalau dimasak jika dimasak betul dan menu paling sesuai adalah asam pedas.
Dari perspektif saintifik, ikan ini tergolong dalam kumpulan flatfish atau ikan pipih dan apa membuatkan ia lebih menarik adalah kisah legenda di sebalik bentuk badannya yang leper dan rata.
Jom, Kuali kongsikan beberapa fakta menarik tentang ikan unik ini!

1. Asal usul saintifik ikan sebelah
Ikan ini biasa dirujuk sebagai 'ikan sebelah' dipercayai termasuk Psettodes erumei, salah satu spesies flatfish yang hidup di perairan Indo-Pasifik.
Flatfish tergolong dalam kumpulan Pleuronectiformes, iaitu ikan yang mempunyai badan leper dan mata berada di satu sisi badan sahaja.
Ini memberi rupa unik dan membezakannya daripada ikan biasa seperti ikan keli atau ikan karang.

2. Bentuk 'tak sempurna'
Salah satu ciri menarik flatfish adalah dua matanya berada di satu sisi badan.
MENARIK DIBACA: Bukan sahaja tengok rupa, goncang dan bau antara teknik elak dapat telur tembelang
MENARIK DIBACA: [V] Ini port malatang paling berbaloi, puas ‘menyelam’ di Panda Mala Hotpot
Fenomena ini dikenali sebagai 'migrasi mata' dan membolehkan ikan melihat ke sekeliling walaupun badannya rata di dasar laut.
Badan ikan ini rata dan leper memberi rupa sebelah yang menjadi asal-usul nama ikan tersebut.

3. Boleh menyamar
Ikan jenis ini menggunakan sel pengubah warna (melanofora) untuk menyesuaikan warna badannya dengan dasar laut.
Ini membolehkannya bersembunyi daripada pemangsa dan memerangkap mangsa dengan lebih efektif.
Kemampuan kamuflase ini menjadikan flatfish pemangsa senyap yang cekap.

4. Hidup dalam air keruh dan kawasan cetek
Flatfish biasanya tinggal di dasar laut berpasir atau berlumpur termasuk kawasan payau dan muara.
Mereka boleh menyesuaikan diri dengan air yang agak keruh kerana mereka bergantung penglihatan dari mata di satu sisi badan dan sensor lain untuk mengesan mangsa.