KUALI | Video
Nabila Huda jual sos pasta ‘home cook’, rancang food tour satu Malaysia
KESIBUKAN kerja sebagai pelakon sama sekali tidak menghalang Nabila Huda untuk menceburi bidang perniagaan.
Nabila atau lebih mesra disapa Abil memberitahu dia kini mula menjalankan perniagaan makanan iaitu sos pasta jenama Amore In Cucina.
Malah, semasa bulan Ramadan ini dia sempat berniaga pasta menggunakan sos yang dihasilkan sendiri.
Bertempat di Neo Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Abil meluangkan masa menjalankan perniagaan tersebut setiap hujung minggu.
Kata Abil, dia turut merancang untuk mengadakan jelajah dan menyertai festival makanan di seluruh Malaysia bagi membolehkan peminat merasai sendiri masakan air tangannya itu.
TONTON VIDEO PENUH DI YOUTUBE KUALI
