KUALI | Tip & Trik

Petua elak adunan kuih raya melekat di acuan, ada pantang larang sebelum dan selepas guna

Lead Image

AIDILFITRI dah nak dekat, mesti ramai sibuk buat kuih raya.

Ada sesetengah kuih memang kena guna acuan besi, contohnya kuih loyang. 

Tapi sering berlaku situasi walaupun dah ikut resipi dan sukatan tepat, bentuk kuih tak jadi cantik atau mudah melekat.

Perkongsian seorang pengguna di laman Thread.

Menurut perkongsian @tuahsu69 di laman Threads, mungkin masalahnya terletak pada acuan tu sendiri

Kebiasaannya, acuan baharu memang agak bermasalah disebabkan permukaan besi masih 'kosong' dan belum ada lapisan minyak semula jadi. 

Jelasnya, mengikut petua mak-mak, kalau guna acuan baharu sebaiknya lumur atau rendam dulu dengan minyak masak supaya kuih lebih mudah tanggal.

MENARIK DIBACA: Kuali lama boleh jadi baru, hanya guna garam dalam teknik ‘seasoning’ 

MENARIK DIBACA: Wanita Mexico masak kuih 'loyang' gergasi, orang Malaysia pakat 'berkampung' dalam 'live'

“Petua dari mak kawan saya yang berniaga kuih ros. Acuan apa sekali pun, katanya wajib rendam dengan minyak masak sebelum guna,” katanya.

"Selepas direndam, acuan tu sebaiknya tak perlu dibasuh sebaliknya simpan terus dalam bekas bertutup supaya minyak kekal melapisi permukaan.

“Boleh je kalau nak cuci, tapi bila nak guna nanti, rendam lagi sekali dengan minyak,” kongsinya lagi.

Sebenarnya, ada banyak lagi petua orang dulu-dulu berkaitan acuan kuih, antaranya rendam acuan dalam air asam keping untuk kuih tak melekat.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Semua sedap, takkan nak tengok je! Ini 7 tip pemakanan masa raya sambil 'jaga perut'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Lupakan cara lama rebus pasta letak minyak, guna teknik baharu 'semasin air laut'

Terhangat