KUALI | Tip & Trik

Kuali lama boleh jadi baru, hanya guna garam dalam teknik ‘seasoning’ 

Lead Image

KUALI yang digunakan berulang kali pasti akan cepat melekat, apatah lagi jika digunakan untuk memasak pelbagai jenis masakan.

Ini kerana kuali diperbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti besi, keluli tahan karat dan keluli karbon.

Setiapnya mempunyai ciri serta cara penggunaan berbeza bagi memastikan ia tahan lebih lama.

Untuk mengatasi masalah kuali melekat, antara teknik yang boleh dilakukan ialah 'seasoning' atau merempahkan kuali.

Salutan minyak digunakan dalam teknik 'seasoning'.

Jangan pelik, teknik ini tidak memerlukan sebarang rempah, sebaliknya, kaedah untuk membersihkan serta menambah baik fungsi kuali agar tidak mudah melekat.

Selain mencuci kuali menggunakan sabun dan air suam, anda boleh menyapu minyak masak secara nipis pada kuali.

Sapu minyak secara menyeluruh menggunakan tisu atau kapas, kemudian panaskan kuali sebelum digunakan.

Bukan itu sahaja, ada juga yang menggunakan garam sebagai sebahagian daripada teknik ini.

MENARIK DIBACA: Ramai salah teknik merebus, ada cara isi kerang tak melekat dan mengecut

MENARIK DIBACA: Tak payah buang tenaga sental, 2 bahan ini boleh buat dapur gas berkilat

Caranya mudah, sangai garam sehingga keperangan di dalam kuali yang dipanaskan, kemudian matikan api.

Buang garam tersebut dan cuci kuali sehingga bersih sebelum mengeringkannya sepenuhnya.

Sebagai tip tambahan, jika mahu hasil gorengan tidak melekat pada kuali, lumurkan ia dengan tepung terlebih dahulu. 

Bagi ikan atau ayam goreng, salutkan dengan tepung kering sebelum digoreng dalam minyak panas.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Ramai tak sedar buat silap, tambah telur punca makan bergoreng cepat lemau

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Tak perlu periuk, masak nasi guna tapis pun boleh! Geng-geng bujang boleh cuba cara ini

Terhangat