KUALI | Tip & Trik

Ramai tak sedar buat silap, tambah telur punca makan bergoreng cepat lemau

Lead Image

SIAPA saja yang tak suka gorengan rangup apatah lagi apabila baru diangkat panas-panas dari kuali.

Kudapan bersalut tepung seperti cucur udang, pisang goreng, cendawan goreng, dan ayam goreng memang lebih sedap kalau teksturnya garing di luar dan kembut di dalam.

Namun, masalahnya bila gorengan dibiarkan sekejap saja terdedah, kerangupan mula hilang dan menjadi lemau.

Sebenarnya, kerangupan bukan bergantung pada teknik menggoreng semata-mata. Sebaliknya, ada beberapa faktor penting yang ramai orang terlepas pandang. 

Berikut tip mudah boleh bantu makanan bergoreng kekal rangup lebih lama.

Campuran tepung memastikan kerangupan berpanjangan.

1. Jangan guna tepung gandum sahaja

Ramai orang sangka tepung gandum saja cukup untuk menggoreng, sedangkan ia antara punca makanan cepat lembik.

Oleh itu campur dengan tepung lain misalnya tepung ubi, jagung, kanji atau beras.

Nisbah ideal ialah sekitar 35% daripada jumlah tepung untuk hasil rangup.

Liang-liang kecil mengurangkan kelembapan.

2. Gunakan bahan penaik

Bahan penaik seperti baking powder dan soda penaik membantu membentuk liang-liang kecil dalam adunan, sekali gus mengurangkan lembapan.

Gunakan dalam jumlah kecil, kira-kira lima peratus daripada berat tepung.

Minyak kelapa digunakan untuk mengekalkan kerangupan.

3. Pilih minyak sesuai

Jenis minyak mempengaruhi tekstur makanan.

Oleh itu, ramai cef mengesyorkan penggunaan minyak kelapa kerana ia boleh mengekalkan kerangupan tanpa terlalu banyak minyak.

Penambahan telur menyebabkan gorengan cepat lembik.

4. Elak masukkan telur dalam adunan

Kesilapan yang ramai tak sedar, telur antara penyebab gorengan cepat lembik.

Oleh itu, elakkan masukkan telur dalam adunan tepung.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Goreng ikan masin pun ada teknik, elak mudah hancur dan minyak tak cepat hitam

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Kuali lama boleh jadi baru, hanya guna garam dalam teknik ‘seasoning’ 

Terhangat