KUALI | Tip & Trik

Goreng ikan masin pun ada teknik, elak mudah hancur dan minyak tak cepat hitam

Lead Image

ADA segelintir individu lebih gemar menikmati hidangan ringkas berbanding aneka jenis lauk pauk.

Cukup sekadar nasi panas dengan ikan masin serta sambal tumis, lauk sederhana itu sudah cukup membuatkan selera makan bertambah.

Tapi hendak menggoreng ikan masin pun ada tekniknya, kalau tidak ia mudah hangus, hancur dan minyak menggoreng cepat bertukar warna hitam.

Ada cara sebenarnya hendak menggoreng ikan masin dengan betul dan paling penting rasanya menjadi lebih sedap seperti dikongsikan seorang suri rumah asal Indonesia, Yulie Akhyan menerusi Instagram miliknya.

MENARIK DIBACA: Shin Jjajang Budae Jjigae 'port' autentik makanan Korea, kena cuba jajangmyeon

MENARIK DIBACA: Berendam dalam ‘Hotpot Spring’ jadi kegilaan, boleh pilih sup pedas atau sayur

Langkah-langkah

  1. Sediakan ikan masin/ikan kering.
  2. Rebus ikan masin di dalam air mendidih selama beberapa saat kemudian angkat dan toskan.
  3. Panaskan minyak dan goreng ikan masin seperti biasa.
  4. Hasilnya, ikan tidak akan hancur, malah minyak menggoreng juga kelihatan jernih seperti baharu.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Jangan panik masakan terlebih masin, bunjut beras bantu serap garam 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Ramai tak sedar buat silap, tambah telur punca makan bergoreng cepat lemau

Terhangat