KUALI | Tip & Trik

Jangan panik masakan terlebih masin, bunjut beras bantu serap garam 

Lead Image

TERLUPA memasukkan rencah atau perasa, menjadi perkara biasa ketika memasak.

Tak kisah jika seseorang itu tukang masak atau pun suri rumah, pasti tidak akan terlepas melakukan kesilapan.

Tapi apa yang agak menakutkan apabila masakan terlebih masin akibat tersilap sukatan garam.

Jangan panik! Kuali akan kongsi beberapa cara mudah untuk selamatkan hidangan anda tanpa perlu masak semula dari awal:

Tambah air untuk masakan berkuah.

1. Tambahkan Air

Kalau masakan anda berkuah, cuba tambahkan sedikit air atau stok daging mahupun ayam tanpa garam. 

Syaratnya, jangan biarkan masakan mendidih semula terlalu lama kerana rasa masin mungkin akan kembali terasa.

Krim menyeimbangkan rasa masin berlebihan.

2. Gunakan Krim

Bahan-bahan berasaskan krim seperti susu dan yogurt sangat efektif untuk menyeimbangkan rasa masin.

Masukkan dalam bentuk cecair ke dalam sup atau kuah.

Anda juga boleh cuba krim masam (sour cream), yogurt, atau keju rendah sodium seperti keju Swiss atau ricotta.

Masukkan kentang sebelum masakan dihidang.

3. Masukkan kentang atau lobak merah

Potongan kentang dan lobak merah boleh membantu menyerap garam berlebihan dalam sup.

Mudah sahaja, masukkan sahaja bahan ini ketika masakan masih panas dan biarkan beberapa minit sebelum dihidang.

Gula boleh menutup rasa masin berlebihan.

4. Tambahkan gula

Sedikit kemanisan tidak boleh menutup sepenuhnya rasa masin tetapi masih boleh mengurangkannya.

Cukup taburkan sedikit gula, madu, atau bahan manis lain untuk seimbangkan rasa masakan.

Lemon, limau atau asam jawa boleh menyeimbangkan rasa masin.

5. Tingkatkan kemasaman

Rasa masam boleh bantu meneutralkan masakan yang terlalu masin.

Air lemon, air limau nipis, cuka, atau air asam Jawa sesuai digunakan dalam masakan.

Bukan sahaja menutup rasa masin, malah menjadikan masakan lebih segar.

Beras boleh menyerap rasa masin berlebihan.

6. Beras

Ambil sedikit beras, bungkus dalam kain kasa atau kain yang jarang, ikat kemas seperti sup bunjut.

Masukkan ke dalam masakan dan biarkan beberapa minit. Bila rasa masakan sudah seimbang, keluarkan ikatan beras tadi.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Sayang nak buang periuk bocor? Boleh tampal guna asam jawa, hanya ikut langkah mudah ini

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Goreng ikan masin pun ada teknik, elak mudah hancur dan minyak tak cepat hitam

Terhangat