KUALI | Tip & Trik

Semua sedap, takkan nak tengok je! Ini 7 tip pemakanan masa raya sambil 'jaga perut'

Lead Image

SEMASA musim perayaan, kita memang akan dihidangkan dengan pelbagai makanan lazat tidak kira sama ada di rumah sendiri, mahupun ketika berkunjung ke rumah sanak saudara.

Selepas sebulan menahan diri dari lapar dan dahaga, mana mungkin makanan enak yang terhidang di depan mata akan dilepaskan begitu sahaha.

Ketika itu nafsu makan membuak-buak dan tanpa disedari kita makan terlalu banyak sehingga perut rasa tidak selesa, kembung atau sebu.

Bagi mengelak perkara ini terjadi, Kuali kongsikan beberapa tip dan saranan ketika menjamu selera pada hari raya.

Jangan gelojoh dan makan berpada-pada.

1. Makan berpada-pada, kuantiti kecil

Jangan cuba semua makanan yang dihidangkan di semua rumah. Pilih satu atau dua juadah kegemaran sahaja dan ambil dalam kuantiti sedikit.

Makan dengan perlahan dan kunyah sekurang-kurangnya 20 kali sebelum ditelan.

2. Kunyah perlahan-lahan

Ketika makan, kunyah makanan sekurang-kurangnya 20 kali sebelum ditelan. Cara ini membantu pencernaan lebih baik dan mengurangkan udara terperangkap di dalam perut.

Minum air kosong atau air suamkerana ia membantu mencernakan makanan.

3. Minum air suam/kosong

Elakkan minum minuman manis atau bergas ketika berkunjung ke rumah sanak saudara atau kenalan ketika hari raya. 

Sebaiknya minumlah air suam sahaja kerana ia membantu mencernakan makanan dan mengurangkan kandungan garam berlebihan dalam badan.

Makanan pedas dan bersantan sebabkan kembung perut.

4. Hadkan santan, makanan pedas

Juadah pedas dan bersantan seperti rendang dan lodeh memang cukup lazim ketika hari raya.

Hakikatnya, pengambilan makanan berat yang pedas dan bersantan ini boleh menyebabkan kembung perut.

Minum air pudina bantu meredakan perut kembung.

5. Minuman halia/pudina

Akibat makan terlalu banyak pasti membuatkan perut terasa kembung dan tidak selesa.

Cuba minum air halia suam dan pudina untuk membantu meredakan radang dan angin dalam perut.

Lepas makan cuba jalan perjalan untuk melancarkan usus.

6. Jalan santai

Bila sudah kenyang, jangan terus baring atau duduk. Berjalanlah perlahan-lahan dengan santai untuk membantu melancarkan pergerakan usus.

Makan sayur dan buah untuk lancarkan pencernaan.

7. Makan sayur dan buah

Pilihan makanan tinggi serat seperti sayur dan buah membantu melancarkan sistem pencernaan selepas seharian makan dalam kuantiti banyak.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Cara masak, kendali kuah lodeh supaya tak cepat basi... Tahan sampai 3 hari

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Petua elak adunan kuih raya melekat di acuan, ada pantang larang sebelum dan selepas guna

Terhangat