KUALI | Tip & Trik

Cara masak, kendali kuah lodeh supaya tak cepat basi... Tahan sampai 3 hari

Lead Image

LODEH menjadi antara hidangan popular yang akan disajikan oleh tuan rumah kepada tetamu yang datang beraya.

Hidangan masyarakat Jawa itu memang enak, malah sangat mengenyangkan kerana terdapat pelbagai bahan termasuk sayur-sayuran yang dimasukkan ke dalam kuah.

Bagaimanapun, satu perkara pasti tentang masakan berasaskan santan itu adalah ia sangat sensitif dan cepat basi.

Tapi jika dimasak dan disimpan dengan betul, makanan tersebut masih mampu bertahan lama sehingga tiga hari.

Sempena sambutan Syawal, Kuali kongsikan beberapa tip supaya kuah lodeh anda tahan lama.

sebaiknya, kuah lodeh dimasak ketika waktu subuh atau pagi raya bagi mengelak cepat basi.

1. Masak waktu pagi

Mungkin ada antara anda suka memasak juadah raya pada waktu malam. Sebaiknya, kuah lodeh dimasak ketika waktu subuh atau pagi.

Untuk menjimatkan masa, anda boleh sediakan bahan-bahan pada waktu malam dan potong semua sayur-sayuran lalu disimpan di dalam peti sejuk.

Cara ini boleh mengelakkan kuah lodeh anda cepat basi keesokan hari berbanding dimasak pada waktu malam.

Menumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga garing (pecah minyak) akan membuatkan kuah lodeh lebih tahan lama.

2. Teknik memasak yang betul

Menumis bahan kisar dengan sedikit minyak sehingga garing (pecah minyak) lebih tahan lama berbanding teknik merebus semua bahan secara terus.

Selain itu anda juga boleh masukkan sedikit asam keping ke dalam kuah untuk memberikan sedikit rasa masam yang bertindak sebagai pengawet semulajadi bagi melambatkan proses basi.

Biarkan kuah lodeh yang mendidih direneh seketika sebelum dimasukkan semua sayuran lain.

3. Reneh Lama

Biarkan kuah lodeh mendidih lama sedikit sebelum semua sayuran lain dimasukkan. Ini bagi memastikan bahan kisaran dimasak dengan tepat. 

Kemudian barulah dimasukkan kesemua bahan lain seperti tempe, kacang panjang, kentang, lobak merah, tauhu, terung, tauhu kering, kobis dan sebagainya mengikut cita rasa anda.

MENARIK DIBACA: Bosan dengan beriani? Cuba Nasi Kambing Uyghur, hidangan unik Ramadan

MENARIK DIBACA: Putih licin, kulit tak terkopek... Ini 6 petua mudah kupas telur

Setiap kali tetamu datang, didihkan semula bahan stok kisar bersama sedikit santan yang sudah diasingkan dalam periuk berasingan.

4. Asingkan santan

Sebaik tetamu datang, didihkan semula bahan stok kisar bersama sedikit santan yang sudah diasingkan dalam periuk berasingan. Masak semula kesemua bahan ini mengikut jumlah tetamu yang datang. 

Perasakan secukupnya dan bolehlah dihidangkan. Cara ini bukan sahaja tidak cepat basi tetapi lebih segar rasanya untuk dihidangkan kepada tetamu.

Jangan tutup rapat tudung periuk selepas kuah lodeh siap dimasak .

5. Pengendalian selepas masak

Jangan tutup rapat tudung periuk selepas kuah lodeh siap dimasak kerana wap air yang terperangap boleh menyebabkan kuah cepat berbuih dan basi.

Gunakan senduk kering dan bersih setiap kali mahu menceduk atau mengacau kuah. Elakkan mencampurkan kuah yang sudah dihidangkan di atas meja ke dalam periuk asal walaupun anda akan memanaskannya semula.

Untuk ketahanan lebih lama (melebihi 2 hari), simpan lebihan kuah lodeh di bahagian beku (freezer).

6. Cara penyimpanan

Jika terdapat baki kuah, biarkan sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Untuk ketahanan lebih lama (melebihi 2 hari), anda boleh menyimpannya di bahagian beku (freezer).

Elakkan meletak periuk panas terus di atas permukaan simen atau mozek yang sejuk. Perubahan suhu mendadak (sejuk simen) boleh mempercepatkan proses basi. Sebaiknya gunakan alas periuk. 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

DIY pencuci guna 3 bahan... Lantai rumah berkilat, wangi seminggu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Semua sedap, takkan nak tengok je! Ini 7 tip pemakanan masa raya sambil 'jaga perut'

Terhangat