KUALI | Tip & Trik

DIY pencuci guna 3 bahan... Lantai rumah berkilat, wangi seminggu

Lead Image

KALAU buat rumah terbuka, bukan makanan sahaja perlu diberi perhatian tetapi kebersihan ruang juga memainkan peranan penting dalam mencipta suasana selesa.

Lebih-lebih lagi ketika sibuk membuat persiapan hidangan di dapur, lantai rumah memang akan melekit dan berminyak.

Keadaan ini bukan saja menimbulkan rasa tak selesa, malah boleh buat tuan rumah berasa segan jika tetamu datang berkunjung.

Jangan risau, ada cara mudah untuk pastikan lantai kekal bersih, berkilau dan wangi tanpa perlu guna bahan pencuci mahal.

Tiga bahan ini boleh hasilkan lantai bersih berkilau.

Seorang pengguna Threads dikenali sebagai Waniey berkongsi petua ringkas yang boleh dicuba di rumah.

“Mop rumah pakai cuka + air panas + campur softener (guna je la brand apa ikut tekak masing-masing).

Even seminggu sekali je mop, tetaplah lantai berkilau dan wangi,” kongsinya.

Menariknya, petua ini bukan sahaja membantu menghilangkan kesan melekit pada lantai, malah mampu menaikkan bau harum ke seluruh ruang rumah.

MENARIK DIBACA: DIY sabun cuci lantai guna 3 bahan dapur... Simpan dalam botol jadikan stok, dah tak perlu beli sabun

MENARIK DIBACA: Elak dapur kotor, ini tip tumis sambal tak merecik ke dinding dan lantai

Kalau anda nak cuba sendiri, ini bahan dan caranya:

Bahan-bahan

  • 1 periuk air panas
  • 1 cawan pewangi pakaian
  • 3 sudu besar cuka

Cara-cara

  1. Masukkan air panas ke dalam baldi mop.
  2. Tambahkan pewangi pakaian.
  3. Masukkan cuka.
  4. Kacau hingga sebati sebelum digunakan untuk mop lantai.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Balik cuti raya terkejut peti sejuk penuh ulat.... Netizen bagi petua buang bau busuk!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Cara masak, kendali kuah lodeh supaya tak cepat basi... Tahan sampai 3 hari

Terhangat