KUALI | Tip & Trik

Balik cuti raya terkejut peti sejuk penuh ulat.... Netizen bagi petua buang bau busuk!

Lead Image

SETIAP kali musim perayaan, ramai yang meninggalkan kediaman mereka untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Meskipun tiada penghuni di rumah, namun rata-ratanya memilih membiarkan peti sejuk beroperasi seperti biasa.

Disebabkan itu, kadang-kadang muncul bau kurang menyenangkan, lebih-lebih lagi jika ada makanan atau sisa lauk disimpan dalam peti sejuk berkenaan.

Begitulah yang berlaku kepada seorang netizen apabila peti sejuknya bertukar menjadi ‘malapetaka’ selepas seminggu pulang ke kampung.

Perkongsian pengguna tersebut di media sosial.

Ini selepas bekalan elektrik terputus sepanjang cuti, menyebabkan semua bahan masakan rosak dan dipenuhi ulat.

“Balik kampung seminggu cuti raya… habis cuti balik rumah, rumah tak ada bekalan elektrik. Sekali buka peti ais, bau busuk menusuk hidung macam ada mayat! 

“Ayam, ikan, daging semua busuk dan ditumbuhi ulat. Tak tahu macam mana ulat boleh masuk, padahal peti ais tertutup rapi,” ceritanya.

MENARIK DIBACA: Roti ‘expired’ jangan dibuang, penyelamat serap bau busuk peti sejuk

MENARIK DIBACA: Elak masuk tong sampah, ikut langkah-langkah ini agar bahan basah tahan lama dalam peti sejuk

Walaupun dah guna pelbagai cara, bau yang ditinggalkan masih sukar dihilangkan.

Setelah berkongsi pengalaman itu, ramai netizen tampil memberikan pelbagai tip untuk mengatasi bau yang melekat. 

Ramai yang menyarankan campuran cuka, sabun dan air untuk membersihkan ruang peti sejuk dan menuetralkan semula bau.

Malah, ada yang mencadangkan meletakkan roti keping di setiap celah peti sejuk, kerana roti mampu menyerap bau.

Cadangan daripada netizen di laman Threads.

“Cuba letak roti keping-keping dalam peti. Dulu peti saya pun berbau, tapi lepas letak roti, bau mula hilang. Tapi kena tukar roti setiap hari dan letak di setiap celah peti,” cadangnya.

Selain itu, petua sertu menurut cara Islam turut dikongsi seorang netizen sebagai alternatif yang boleh mengilangkan bau busuk.

“Dengar di radio mengenai samak atau sertu kontena yang ada bangkai kambing. Mereka gunakan bilasan air dan air tanah. Insya-Allah bau hilang,” kongsi seorang pengguna.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Elak pembaziran cawan plastik semasa rumah terbuka, wanita ini tulis nombor... Siap gurau ada cabutan bertuah

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

DIY pencuci guna 3 bahan... Lantai rumah berkilat, wangi seminggu

Terhangat