KUALI | Tip & Trik

DIY sabun cuci lantai guna 3 bahan dapur... Simpan dalam botol jadikan stok, dah tak perlu beli sabun

Lead Image

LANTAI rumah biasanya akan cepat kotor dengan kesan habuk, minyak atau tapak kaki terutama di bahagian dapur serta ruang tamu.

Kadang-kadang walaupun dah disental beberapa kali, masih ada kesan degil yang sukar dibersihkan.

Lebih membebankan apabila sabun lantai cepat habis gara-gara kerap digunakan.

Pernah terfikir tak untuk atasi masalah ini dengan buat sendiri (DIY) sabun pencuci lantai?

Untuk DIY sabun ni, bahan-bahan yang digunakan dikatakan mampu menjadi agen menanggalkan kotoran dan menjadikan lantai bersinar. 

Sabun ini juga boleh disimpan dalam botol tertutup dan digunakan bila-bila masa.

Jom, Kuali kongsikan cara-cara membuatnya!

Campuran minyak pati dalam bancuhan dapat menaikkan bau harum.

Bahan-bahan

  • Air 1 liter sebagai pelarut utama.
  • Sabun buku 100–150 gram, boleh guna sabun mandi atau sabun cucian.
  • Soda penaik 1–2 sudu besar membantu menghilangkan kotoran dan bau.
  • Cuka putih 2 sudu besar bertindak sebagai pembersih dan pembasmi kuman semula jadi.
  • Minyak pati 10–15 titis contohnya lavender atau limau untuk bau wangi.
  • Lemon

MENARIK DIBACA: "Orang India tak boleh makan" - Netizen harmoni selesai 'isu' bubur lambuk, siap 'offer' tolong masak

MENARIK DIBACA: Aeon mohon maaf... Ambil maklum aduan lipas di rak makanan, dulang roti bau kepam

Bahan cuka putih dan serbuk penaik membantu menghilangkan kotoran degil.

Cara penyediaan

  1. Parut sabun buku menjadi serpihan kecil supaya mudah larut.
  2. Didihkan air dalam periuk kemudian masukkan serpihan sabun. Kacau hingga sabun larut sepenuhnya.
  3. Masukkan soda penaik sedikit demi sedikit sambil terus dikacau hingga larut. Soda penaik membantu menyingkirkan kotoran dan minyak di lantai.
  4. Tambahkan cuka putih perlahan-lahan hingga timbul sedikit buih, kacau dengan berhati-hati.
  5. Boleh juga tambahkan lemon dan masukkan minyak pati jika mahu lantai berbau wangi.
  6. Biarkan larutan sejuk, kemudian tuang ke dalam botol atau bekas bersih dan sabun sedia digunakan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

5 pilihan tip simpan udang... Kekal segar lepas berhari-hari, tekstur pun tak 'lari'

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Jangan terjebak pembelian panik! Wanita ini kongsi tip persediaan supaya tak membazir

Terhangat