KUALI | Sajian Warung

Bosan dengan beriani? Cuba Nasi Kambing Uyghur, hidangan unik Ramadan

Lead Image

KALAU ada yang mencari kelainan selera untuk berbuka tapi mahukan nasi dan 'lambshank' ala beriani, boleh cuba menu Nasi Kambing Uyghur. 

Mengambil inspirasi dari masyarakat Uyghur, China, set Nasi Kambing Uyghur by Beriani dan Salai menyajikan rasa kaya yang membuatkan setiap suapan penuh nikmat.

Nasi dimasak menggunakan rempah istimewa, membawa kelazatan tersendiri di samping aroma wangi, manis dan sedikit pedas menghangatkan jiwa.

Lambshank dimasak dengan rempah ratus memberikan kepedasan sempurna.

Keistimewaan nasi ini terletak pada campuran bahan-bahan seperti kismis manis, kacang kuda dan hirisan lobak merah menambah dimensi rasa menyegarkan. 

Nasinya dimasak dengan tekstur lembap aromatik menjadi pelengkap sempurna untuk lauk utama Lamb Shank Uyghur. 

Hidangan inspirasi masyarakat Uyghur, China, cukup unik untuk dicuba.

Daging kambing dimasak lembut, penuh dengan rempah perapan, kaya dengan rasa pedas menyengat bersama aroma bijan cukup membuka selera.

MENARIK DIBACA: [V] Sekali gigit terus jatuh cinta! Murtabak Singapore isi tebal, melimpah

MENARIK DIBACA: [V] Macam makan dekat Bali, restoran ini kena masuk ‘list’ kalau ke Putrajaya

Set itu turut didatangkan dalam dua saiz lambshank iaitu M pada harga RM53 dan L RM60 sahaja. 

Boleh cuba Nasi ayam Uyghur pasti memenuhi cita rasa ketika berbuka puasa.

Jika kambing bukan pilihan utama, boleh juga cuba Nasi Ayam Uyghur pasti memenuhi cita rasa ketika berbuka puasa. 

Menariknya tentang set ini, pelanggan akan diberikan dua nasi berama acar buah, pastinya beri kepuasan berganda.

NASI Kambing Uyghur by Beriani & Salai 

Lokasi: Bazar Ramadan PKNS, Shah Alam.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
play
KUALI | Sajian Warung

[V] Dipanggil ‘kuih orang mati’, Serabai kini jadi juadah komersial... Dimakan bersama aneka kuah manis

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sajian Warung

[V] Sekali gigit terus jatuh cinta! Murtabak Singapore isi tebal, melimpah

Terhangat