[V] Sekali gigit terus jatuh cinta! Murtabak Singapore isi tebal, melimpah
KALAU sebut murtabak, pasti kita terbayangkan inti daging bercampur bawang dalam kulit inti nipis, dicicah pula dengan kuah kari atau cuka bawang.
Tapi lain pula ceritanya dengan Murtabak Singapore Dari Rumah yang terletak di Taman Keramat, Kuala Lumpur ini.
Berbeza dengan murtabak yang biasa kita makan, tekstur dan isinya lebih tebal, berisi selain inti dagingnya lebih banyak dan menggunakan dua lapisan doh roti.

Bukan sekadar tabur-tabur, tapi betul-betul padat dalam setiap gigitan.
Murtabak daging double special paling menjadi tumpuan kerana lapisan doh roti yang digunakan pada bahagian atas dan bawah lembut tetapi rangup apabila digigit.
Inti yang diletakkan pula memang melimpah, dagingnya pula kaya dengan rasa rempah dan juicy.
MENARIK DIBACA: Hanya 2 ulas bawang putih, cili tahan lebih lama dalam peti sejuk
MENARIK DIBACA: Ada 5 petua pilih bawang, penentu keenakan masakan
Lagi padu, murtabak daging double special turut ditambah keju mozarella yang menambah lemak pada setiap gigitan.
Murtabak ini juga dicicah bersama sos cili autentik Singapura yang membuatkan ia bertambah lazat.
Rasa masam manis memberi keseimbangan pada daging dan keju yang berlemak selain hirisan timur memberikan kesegaran.

Kalau dahaga, jangan bimbang Murtabak Singapore Dari Rumah turut menjual air katira yang cukup enak dengan rasa manis sederhana.
Ada aroma susu dan buah yang menyegarkan menambahkan lagi kenikmatan rasa air katira.
Di sini juga ada dessert Trifle Puding Custard yang lembut, berlemak dan manis yang tidak melampau. Rasa susu yang smooth, tekstur pula ringan serta sesuai dimakan selepas hidangan berat.
Lokasi: Murtabak Singapore Dari Rumah, 2A, Lorong Enggang 15, Taman Keramat, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 12 tengah hari - 9 malam (setiap hari)