KUALI | Tip & Trik

Putih licin, kulit tak terkopek... Ini 6 petua mudah kupas telur

Lead Image

SIAPA sahaja yang tidak suka telur rebus kan? Lagi sedap bila dinikmati bersama nasi lemak!

Tapi kadang-kadang bila nak mengupas, kulitnya pula melekat dan putih telur terkoyak memang boleh buat kita hilang selera.

Jangan risau, ada cara mudah untuk pastikan telur rebus jadi licin, cantik dan mudah dikupas setiap kali hendak makan.

Jom ikut trik yang Kuali kongsikan ini:

Telur yang disimpan lama lebih isinya mudah terlepas dari kulit.

1. Guna telur lama

Telur yang sudah disimpan selama satu hingga dua minggu lebih mudah dikupas berbanding telur terlalu segar. 

Telur lama mempunyai ruang udara yang sedikit lebih besar di hujungnya yang memudahkan kulit terlepas dari isi.

Telur yang direbus menggunakan air mendidih membantu putih telur mengeras lebih cepat.

2. Air mendidih

Masukkan telur ke dalam air yang sudah mendidih dan bukannya air sejuk. 

Kaedah ini membantu protein dalam putih telur mengeras dengan lebih cepat dan mengurangkan risiko kulit melekat.

MENARIK DIBACA: 5 makanan ini punca ekzema makin teruk, jika tak elak boleh menggaru sampai luka

MENARIK DIBACA: 'Hantu laksa' musykil kena pantang makan lepas bersalin... Ramai kongsi kesan 'derhaka', doktor beri penjelasan

Ketuk telur rebus secara perlahan-lahan atas permukan rata.

3. Teknik ‘crack and roll’

Selepas direbus, ketuk telur perlahan-lahan di atas permukaan keras sehingga retak di seluruh permukaan. 

Kemudian gulung telur perlahan-lahan supaya kulit longgar sebelum dikupas. Teknik ini membuatkan proses kupas lebih mudah dan licin.

Campuran garam, cuka atau minyak membantu permukaan telur lebih halus.

4. Rebus dengan garam, cuka atau minyak

Tambah satu sudu kecil garam, cuka atau minyak ke dalam air rebusan membantu kulit telur tidak melekat pada isi. 

Ia juga memberi tekstur yang lebih halus pada permukaan telur.

Goncang telur dalam bekas membantu meretakan kulit secara sekata.

5. Goncang dalam bekas

Masukkan telur yang sudah direbus ke dalam bekas bertutup berisi sedikit air kemudian goncang perlahan-lahan. 

Cara ini meretakkan kulit secara sekata membantu memudahkan kupasan tanpa merosakkan isi telur.

Mengupas telur dalam air membantu mengurangkan isi terkopek.

6. Kupas dalam air

Kupas telur di dalam bekas berisi air atau di bawah aliran air paip. 

Air membantu memisahkan kulit dari putih telur dan mengurangkan risiko telur terkopek.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Dah ikut segala tip ayam goreng tetap pucat, tak dapat warna keemasan... Di mana silapnya?

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Wanita gigih kumpul biji kurma, rupanya sangat 'function' lembutkan daging

Terhangat