KUALI | Tip & Trik

Wanita gigih kumpul biji kurma, rupanya sangat 'function' lembutkan daging

Lead Image

SETIAP kali berbuka kita disunatkan untuk mengutamakan makanan manis seperti kurma.

Lepas makan kebiasaannya biji kurma akan terus dibuang kerana dianggap tidak berguna lagi.

Namun siapa sangka, ada cara mudah untuk memanfaatkan biji kurma itu terutama ketika memasak hidangan berasaskan daging atau tulang.

Wanita itu mula mengumpul biji kurma untuk kegunaan masakan.

Seorang pengguna di laman Threads berkongsi tip ringkas yang dikatakan boleh membantu melembutkan daging dengan lebih cepat ketika direbus, hanya menggunakan biji kurma.

Menurutnya, daripada dibuang, lebih baik kumpul sisa biji kurma untuk kegunaan dapur.

“Bertungkus-lumus kita kumpul biji kurma. 

"Gunanya bila nak masak daging atau tulang bila-bila masa, ambil dua atau tiga biji masukkan dalam periuk rebus bersama tulang tu supaya cepat empuk,” katanya.

MENARIK DIBACA: Rebus dengan daun betik boleh lembutkan daging, bau hamis pun hilang!

MENARIK DIBACA: Kombinasi pedas, masam, berlemak... Daging dendeng batotok tak cukup sepinggan nasi

Walaupun tip ini kedengaran pelik, ramai netizen di ruangan komen mengakui pernah mendengar petua sama daripada orang tua-tua dahulu.

Malah ada juga yang berkata mereka sendiri sudah mencubanya dan mendapati daging lebih mudah empuk.

"Pernah dengar orang dulu-dulu cakap, rupanya function eh!" komen netizen.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Putih licin, kulit tak terkopek... Ini 6 petua mudah kupas telur

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Elak dapur kotor, ini tip tumis sambal tak merecik ke dinding dan lantai

Terhangat