KUALI | Tip & Trik

3 kaedah cabut bulu kaki guna bahan-bahan dapur, jimat duit tak perlu 'waxing' di kedai

Lead Image

TAK semua orang selesa memiliki bulu kaki yang lebat. 

Bagi sesetengah individu, keadaan ini boleh menimbulkan rasa kurang yakin terhadap penampilan diri. 

Lebih parah lagi jika nak pakai pakaian yang mendedahkan bahagian kaki seperti seluar pendek, skirt atau gaun.

Jangan risau ada beberapa petua mudah yang boleh cuba di rumah:

Kunyit terkenal dalam petua kecantikan tradisional kerana baik untuk kulit. 

1. Kunyit dan susu

Kunyit terkenal dalam petua kecantikan tradisional kerana baik untuk kulit. 

Campurkan serbuk kunyit dengan sedikit susu sehingga menjadi pes, kemudian sapukan pada bahagian kaki yang berbulu. 

Biarkan hingga kering sebelum digosok perlahan dan dibilas dengan air bersih. 

Amalkan dua hingga tiga kali seminggu kerana dipercayai dapat melemahkan akar dan membuatkan bulu tumbuh lebih halus.

MENARIK DIBACA: Tekap daun kubis bantu redakan masalah bengkak susu, ikuti langkah mudah ini

MENARIK DIBACA: Gigi kuning mampu putih dengan bantuan 3 bahan dapur, bukan cuma bersih nafas pun lebih segar

2. Gula, lemon dan madu 

Gabungan gula, lemon dan madu juga sering digunakan sebagai kaedah 'waxing' semula jadi. 

Caranya, campurkan satu sudu gula dengan sedikit madu dan beberapa titis jus lemon, kemudian panaskan campuran tersebut seketika sehingga menjadi sedikit pekat.

Setelah suam, sapukan campuran itu pada bahagian kaki yang berbulu, boleh gunakan kain nipis atau tarik perlahan seperti teknik 'waxing' biasa. 

Kaedah ini membantu mencabut bulu dari akar, membolehkan bulu seterusnya lambat tumbuh semula. 

Selain itu, madu juga membantu melembapkan kulit selepas proses ini.

Campurang telur putih bersama tepung jagung dapat membantu mendapatkan kulit mulus.

3. Putih telur dan tepung jagung

Petua lain ialah menggunakan putih telur dan tepung jagung. 

Campurkan putih telur, satu sudu tepung jagung dan satu sudu gula hingga sebati kemudian sapukan rata pada kaki yang berbulu. 

Biarkan kering seperti masker, kemudian tarik perlahan. Kaedah ini membantu menarik bulu halus dan menjadikan kulit lebih licin.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Elak dapur kotor, ini tip tumis sambal tak merecik ke dinding dan lantai

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

11 tip memasak pernah dikongsi artis, chef... Peminat ingat dan amalkan sampai sekarang

Terhangat