KUALI | Resipi Tradisi

Kombinasi pedas, masam, berlemak... Daging dendeng batotok tak cukup sepinggan nasi

Lead Image

SIAPA yang belum pernah masak dendeng batotok memang kena cuba secepat mungkin.

Dendeng batotok ni lain sikit dengan dendeng biasa sebab daging empuk lembut digoreng bersama sambal berlada pedas masam.

Setiap hirisan daging berjus, manis dan berlemak pasti buatkan anda ingin tambah nasi berkali-kali.

Apa kata kali ini kita cuba resipi yang dikongsikan oleh chesayangkitchen, yang menggunakan bahan mudah sahaja.

Makan nasi panas-panas memang bertambah pinggan!

Pemilihan daging batang pinang dan rebusan bersama air kelapa inilah rahsia sebenar menghasilkan dendeng batotok yang manis dan berlemak. 

Kombinasi rempah segar dan air kelapa menjadikan dagingnya empuk, berjus dan mudah diserap rasa sambal berlado pedas masam. 

Bahan-bahan

Rebusan daging

  • 1kg daging batang pinang
  • 2 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu biji ketumbar
  • 2 batang serai
  • Air kelapa
  • Garam dan perasa

Sambal berlado

  • 4 biji bawang merah besar
  • 7-8 tangkai cili padi
  • 3 tangkai cili besar merah
  • Sedikit pes asam jawa
  • Air rebusan daging
  • Garam dan perasa

MENARIK DIBACA:Kurang rasa haus ketika puasa, betul ke garam celtic ada magis? Ini fakta anda perlu tahu

MENARIK DIBACA:Mulut bau bangkai walaupun jaga kebersihan oral, hati-hati 5 penyakit ini boleh jadi punca

Cara penyediaan

  1. Ambil halia, bawang putih, biji ketumbar kemudian kisar.
  2. Rebus daging batang pinang dalam periuk dan masukkan bahan kisar tadi bersama dua batang serai.
  3. Masukkan air kelapa untuk merebus daging dan masukkan garam secukupnya serta sedikit perasa, masak sekitar 15 minit.
  4. Jika suka boleh tambah daun limau purut dan daun salam.
  5. Sementara tunggu daging empuk, kisar kasar bawang besar dan cili merah untuk sambal berlado.
  6. Setelah empuk potong daging nipis-nipis dan ketuk sedikit menggunakan lesung batu.
  7. Ambil daging dan goreng dalam minyak yang panas.
  8. Ketepikan daging, dalam minyak yang sama boleh masukkan bahan kisar tadi.
  9. Tumis sehingga garing dan masukkan satu senduk air rebusan.
  10. Masukkan pes asam jawa, garam secukupnya serta sedikit perasa, gaul bersama daging kemudian siap dihidangkan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Cara buat nasi goreng Cina 'pot'... Tak perlu tumis, tak payah goreng tiba-tiba siap!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Mi goreng sedap, cantik berkilat cara Adik Foods... Ramai tertinggal satu teknik dan bahan penting

Terhangat