Lupakan cara lama rebus pasta letak minyak, guna teknik baharu 'semasin air laut'
MASAK pasta mungkin nampak mudah, namun sebenarnya ramai masih melakukan kesilapan asas tanpa sedar.
Salah satu teknik sering diamalkan adalah meletakkan minyak ke dalam air rebusan pasta bagi mengelakkan ia melekat.
Namun menurut perkongsian pemilik kedai makan Rotbar Kitchen, Noor Irwan Shah, cara itu tidak membantu malah boleh menjejaskan rasa asli pasta.
Menerusi perkongsian lelaki itu yang turut dikenali sebagai MrPokWan di Threads, dia berkata amalan memasukkan minyak ke dalam air mendidih ketika merebus pasta tidak memberikan hasil diharapkan.

"Rebus pasta letak minyak dalam air mendidih sebab takut melekat? Sila berhenti buat kerja sia-sia ni di dapur.
"Minyak akan salut licin permukaan pasta. Hasilnya sos tak akan melekat pada pasta yang digaul, rasa hidangan juga jadi tawar," tulisnya.
MENARIK DIBACA: Nama je sambal kicap, langsung tak rasa cili! Sudahnya makan bihun sup masin, kuah bertukar warna
MENARIK DIBACA: Sambal matah mudah nak buat, layan dengan nasi panas dah tak toleh kiri kanan
Menurutnya lagi, rahsia merebus pasta agar tidak melekat adalah dengan menggunakan garam.
"Rahsia sebenar nak elak pasta melekat, air rebusan tu kena mendidih.
"Letak garam banyak macam air laut. Itu je rahsia cef!” kongsinya.

Di ruangan komen, warga maya turut bersetuju dengan teknik memasak pasta seperti mana perkongsiannya.
"Kacau selalu, jangan bagi melekat basuh dan gaul pasta dengan air sejuk, lambung dan tos betul-betul sampai kering. Langkah paling penting tak nak bagi melekat.
"Betul tau. Saya dulu takut nak letak garam banyak sebab takut masin. Akhirnya tak masin pun, air kanji pasta masin tu pakai untuk masak bolognese 'auto' jadi lemak.
"Saya pernah dengar Sherson Lian 5 Rencah 5 Rasa cakap, semasin mana air pasta? Semasin air laut," antara komen netizen.
