Nama je sambal kicap, langsung tak rasa cili! Sudahnya makan bihun sup masin, kuah bertukar warna
KECEWA rasanya apabila hidangan dipesan tidak seperti diharapkan, lebih-lebih lagi melibatkan menu kegemaran.
Itulah pengalaman seorang pengguna Threads yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sambal kicap yang diberikan selepas dia memesan bihun sup.
Menerusi hantaran berkenaan, wanita itu mempersoalkan tindakan peniaga yang didakwa tidak memahami asas penyediaan sambal kicap sehingga menjejaskan keseluruhan rasa hidangan.

Menurut wanita itu, keinginan untuk menikmati bihun sup panas bersama sambal kicap pedas seperti kebiasaan, terbantut apabila kuah menjadi terlalu masin selepas dituang ‘sambal kicap’ yang didakwa tiada campuran cili.
“Kepada peniaga di luar sana, boleh tak sebelum menjual pergi belajar resipi dulu.
“Faham tak sambal kicap tu macam mana sebenarnya? Ini jangankan rasa, rupa cili pun tak ada,” kongsinya.
MENARIK DIBACA: Lori durian tarikan utama bufet Ramadan Hilton PJ... Musang King, XO, udang merah semua ada!
MENARIK DIBACA: Pelanggan bayar 'air' bukan isi, Youtuber dedah taktik kotor peniaga King Crab
Jelas wanita itu lagi, dia percaya sambal tersebut sebenarnya hanyalah kicap semata-mata sambil memaklumkan bihun sup dipesan yang dipesan bertukar menjadi warna hitam.
“Nak rasa pedas tapi yang dapat masin. Cuba berniaga tu ikhlas baru ramai orang datang,” tulisnya.

Tambahnya lagi, sikap segelintir peniaga yang tidak menjaga kualiti makanan akhirnya akan memberi kesan kepada perniagaan mereka sendiri.
“Nanti mulalah, tak laku salahkan orang ‘santet’ sedangkan sendiri tak jaga kualiti makanan,” ujarnya lagi.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa aspek kualiti dan keikhlasan dalam berniaga perlu diutamakan oleh peniaga.
