KUALI | Trending

[V] Rosyam Nor pernah ikat perut sebab susah, ‘makan untuk hidup’ jadi pegangan sampai sekarang

Lead Image

PERNAH hidup susah sehingga terpaksa mengikat perut suatu ketika dahulu, pelakon dan usahawan, Datuk Rosyam Nor menganggap kepahitan dilalui itu menjadikannya sebagai individu yang sentiasa bersyukur.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin ketika ditemui Kuali berkata, kesempitan hidup dilalui ketika kecil itu banyak memberikan kebaikan terhadap dirinya termasuklah soal kesihatan.

Kongsi figura berusia 58 tahun itu, disebabkan hidup serba kekurangan, dia hanya mengambil sumber pemakanan yang diperlukan badan sahaja.

Pada usia 58 tahun, Rosyam amat menitik beratkan soal kesihatan dengan makan secara seimbang.

"Bila difikirkan semula, perkara sebegitu (hidup susah) sebenarnya telah memberikan kebaikan buat saya.

"Kerana apabila makan pun terpaksa dicatu, jadi saya hanya makan makanan yang penting untuk badan.

"Jadi bagi saya perkara itu merupakan satu rahmat yang diberikan oleh Allah SWT kerana walaupun saya hidup dalam susah, di situ datangnya kesihatan," tegas pelakon filem Gila-Gila Remaja itu.

MENARIK DIBACA: Resipi sup petola suhun, paling nikmat makan ketika hujan atau cuaca sejuk

MENARIK DIBACA: [V] Dah bertahun Neelofa tak jejak bazar Ramadan... Lagi suka masak di rumah walau cuma satu lauk

Tambah Rosyam yang juga pemilik rangkaian pasar raya Rosyam Mart itu lagi, selepas berjaya dalam hidup dan memiliki kesenangan, dia masih terus berpegang prinsip 'makan untuk hidup'.

Jelas pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-16 itu, dia sangat menjaga kesihatan terutama dari segi pemakanan untuk kebaikan tubuh badannya.

Hidangan seperti telur goreng dan sambal ikan bilis sudah cukup berselera buat Rosyam.

"Saya memang menjaga pemakanan untuk dapatkan kesihatan tubuh badan yang baik.

"Selagi saya boleh elakkan makanan memudaratkan, saya akan elakkan. Tapi sesekali tak mengapa.

"Cuma saya nak pesan tidak kira tua atau muda, sebenarnya makananlah yang membuatkan kita mendapat penyakit," jelasnya.

Kerana apabila makan pun terpaksa dicatu, jadi saya hanya makan makanan yang penting untuk badan.

Datuk Rosyam Nor

Berkongsi mengenai pengambilan makanan di bulan Ramadan, Rosyam memberitahu dia tidak makan terlalu banyak semasa berbuka.

Ujarnya, cukuplah sekadar menikmati hidangan telur goreng, sambal ikan bilis dan ikan kembong rebus goreng.

"Kalau sahur pula,saya tak boleh makan terlalu berat.

"Dapat makan biskut pun saya okey," katanya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Nama je sambal kicap, langsung tak rasa cili! Sudahnya makan bihun sup masin, kuah bertukar warna

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Awalnya dapat tapak tengah, tiba-tiba 'dicampak' ke lot hujung! Peniaga bazar Ramadan risau jualan tak laku

Terhangat