Lori durian tarikan utama bufet Ramadan Hilton PJ... Musang King, XO, udang merah semua ada!
JIKA bufet Ramadan di kebanyakan hotel-hotel terkemuka menghidangkan menu kambing golek sebagai hidangan terbaik mereka namun lain pula di Hilton Petaling Jaya.
Di perkarangan lobi utama hotel, diletakkan sebuah lori dengan pelbagai jenis durian seperti musang king, udang merah, tembaga, D2, XO dan IOI untuk dinikmati.
Memang rambang mata dibuatnya! Tapi bagi mengelakkan sebarang masalah, kaunter durian hanya dibuka untuk pelanggan pada pukul 8.30 malam iaitu selepas waktu berbuka.

Sebelum menikmati durian, Hilton Petaling Jaya turut menyediakan pelbagai juadah berbuka puasa menggabungkan rasa klasik nusantara dengan sentuhan Timur Tengah di restorannya, Paya Serai.
Dengan lebih daripada 200 jenis hidangan, ia pastinya membuatkan pelanggan rambang mata melihat aneka pilihan masakan penuh rasa dan autentik.
Antara pilihan masakan yang dihidangkan adalah seperti Iskender Kebab, Begendili Chicken Kebab, Chicken Shawarma, Lamb Shish Kebab & Roti Lebanon dan ais krim terkenal Turki, Dondurma.
MENARIK DIBACA: Kaswi jagung manis berlemak, idea resipi bulan puasa
MENARIK DIBACA: Brokoli bantu kawal paras gula pesakit diabetes, tapi teknik memasak kena betul
Untuk pilihan masakan tempatan pula seperti Daging Batang Pinang dengan Mushroom Rendang, BBQ Short Rib dengan Sos Dendeng, Kambing Madu Guling, Sup Tulang Kambing, Mee Rebus Udang Galah, Ikan Asam Pedas dan Kawah Lemak Cili Padi Podeh.
Terdapat dua harga dikenakan kepada pelanggan iaitu 19 Februari sehingga 22 Februari dan 19 Mac sehingga 20 April 2026 iaitu RM178 nett (dewasa) dan RM89 nett (kanak-kanak 6-12 tahun).
Bagi tempoh kemuncak iaitu 23 Februari sehingga 18 Mac 2026, harga dikenakan RM228 nett (dewasa) dan RM114 nett (kanak-kanak 6-12 tahun).

Pelanggan yang ingin merasai pengalaman berbuka puasa lebih eksklusif, private dining room turut disediakan dengan harga RM300 nett (maksimum 10 orang) dan RM600 nett (maksimum 14 orang).
Setiap pelanggan turut menerima iftar starters dan beverage tower.
Bagi merasai keenakan juadah berbuka puasa di Hilton Petaling Jaya, tempahan boleh dibuat melalui talian 03-7955 9122 atau WhatsApp di 016-216 0414 selain menerusi email PETHI_FB@hilton.com.
Lokasi : Paya Serai, Hilton Petaling Jaya
Tempoh : 19 Februari 2026 - 20 April 2026
Tonton Video Penuh di YouTube Kuali.
