KUALI | Resipi Tradisi

Sambal matah mudah nak buat, layan dengan nasi panas dah tak toleh kiri kanan

Lead Image

KALAU bersahur, mesti nak cari lauk yang senang dan cepat untuk dimasak, kan?

Biasanya kalau nak menggoreng sambal, ambil masa lama dan banyak langkah. 

Apa kata cuba buat sambal matah, hidangan tradisi Bali yang ringkas tapi sedap!

Sambal ini dibuat dengan menggunakan bahan-bahan mentah.

'Matah' bermaksud mentah, iaitu semua bahan dalam sambal ini dihidang tanpa dimasak.

Sambal ini sesuai sangat dimakan dengan pelbagai hidangan, dari ayam goreng hinggalah telur goreng.

Jom Kuali kongsi resipinya:

MENARIK DIBACA: Ada rahsia sambal sotong petai bertambah sedap, memang bertambah nasi!

MENARIK DIBACA: Tak guna belacan pun sambal totok Jawa tetap ‘menyala’, makan pula dengan nasi panas-panas

Bahan-bahan

  • 15 bawang merah (dihiris nipis)
  • 10 cili padi merah (dihiris nipis)
  • 5 batang serai (dihiris nipis)
  • 5 daun limau purut (dihiris nipis)
  • 1/2  sudu kecil belacan (dibakar)
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • 50 ml minyak (dipanaskan)
  • 2 biji limau kasturi

Cara penyediaan

  1. Dalam sebuah mangkuk, campurkan bawang merah, cili, serai, daun limau purut, belacan, garam dan gula. Gaul rata dan tekan-tekan sedikit dengan tangan.
  2. Masukkan minyak kelapa yang telah dipanaskan ke dalam mangkuk dan gaul perlahan.
  3. Perah sedikit jus limau dan gaul sekali lagi.
  4. Sedia untuk dihidang.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Sedapnya rasa masam, pedas ikan tenggiri masak cincuan... Lauk lain dah tak perlu!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Senang sangat! Tak sampai 10 minit ayam goreng kunyit siap, tambah telur mata dan kicap lagi sedap

Terhangat