KUALI | Resipi Tradisi

Ada rahsia sambal sotong petai bertambah sedap, memang bertambah nasi!

Lead Image

TIDAK hanya dimakan mentah sebagai ulam, petai biasanya akan dicampur dalam masakan seperti sambal udang atau ikan bilis.

Bagi menampilkan sedikit kelainan, petai juga boleh dicampur dalam menu sambal sotong yang menaikkan lagi rasa masakan anda.

Resipinya juga tak sukar dan seperti kelaziman memasak sambal yang lain tetapi ia tidak menggunakan air melainkan air asam jawa.

Ini kerana sotong itu sendiri akan mengeluarkan air apabila dimasak yang akan menyedapkan lagi rasa sambal.

Apa tunggu lagi, boleh cuba resipi yang dikongsikan Kuali kali ini.

MENARIK DIBACA : Ayam songkem luar biasa sedapnya, resipi tradisi Madura wajib cuba

MENARIK DIBACA : Sambal telur pecah lauk penyelamat, mudah tapi menyelerakan

Memang sedap masak petai dicampur sotong segar.

Bahan-bahan:

  • 300g sotong (bersihkan)
  • 200g isi petai (kira-kira lima papan petai)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 sudu besar pes asam jawa
  • 4 sudu besar pes cili
  • Minyak masak (secukupnya)
  • Garam (secukup rasa)
  • Gula (secukup rasa)

Bahan kisar:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili merah
  • 2 inci halia muda
  • 2 inci belacan (pilihan)

Langkah penyediaan:

  1. Masukkan sotong ke dalam kuali (tanpa air). Masak sehingga sotong menjadi kecut selama 2 hingga 3 minit sahaja. Tos dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng petai sehingga layu. Ketepikan.
  3. Guna kuali dan minyak yang sama, tumis bawang besar dan masukkan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  4. Masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan petai dan sotong. Kacau sebati dan biarkan sehingga sotong masak.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kecilkan api sehingga masakan pecah minyak.
  7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Ayam goreng sambal hijau... 'Confirm' tak cukup sepinggan nasi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Resipi cepat dan mudah, sambal tempoyak petai ikan bilis pembuka selera ketika berbuka puasa

Terhangat