KUALI | Video

Masih ingat dialog ‘satu Bukit Bintang kenal kau’? Shahrul Mizad pelakon Sutun tolong kawan niaga lempeng, cekodok

KESIBUKAN kerja sebagai pengajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) tidak menghalang pelakon drama Sutun iaitu Shahrul Mizad membantu rakannya berniaga makanan.

Shahrul yang popular menerusi watak Abang Khalid dalam drama itu memberitahu sesekali dia turun ke gerai milik sahabatnya itu yang terletak di Enjoy's Corner, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

"Kalau dengar tagline tu mesti orang ingat drama saya kan? Sekarang ini saya jadi pengajar sepenuh masa. Bisnes ini hanya tolong-tolong kawan saja.

"Kami berniaga lempeng, cekodok, pisang cheese. Bancuhan semua dah di buat oleh kawan saya, saya cuma jadi tukang goreng saja.

"Seronok berada di sini sebab saya dapat jumpa orang dan belajar ilmu baharu mengenai perniagaan," katanya kepada Kuali.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN KUALI INI.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok dan Facebook

Video Popular