Harga mahal, kualiti rendah! Peniaga jangan 'tunggang' nama 'premium' lariskan kuih raya
MENJELANG Aidilfitri, pasti ramai sedang sibuk membuat persediaan termasuklah membeli kuih raya.
Nak beli kuih raya pula, mesti yang sedap sahaja yang dicari dan pada masa sama harganya berpatutan.
Bagaimanapun, disebabkan cabaran ekonomi masa kini rakyat terpaksa akur dengan peningkatan harga barang sekali gus menyaksikan harga kuih raya juga naik.
Rata-rata rakyat faham situasi ini tetapi apa yang buat mereka sakit hati apabila rasa dan kualiti kuih raya yang dibeli tak setimpal dengan harga mahal ditetapkan peniaga.

Begitulah pengalaman dilalui seorang wanita yang berasa dirinya tertipu selepas membeli dua balang kuih raya yang dikatakan dibuat menggunakan jenama coklat premium.
Menurut wanita itu, setelah mencuba kuih tersebut, dia dapat merasakan peniaga sebenarnya menggunakan coklat jenama murah dengan rasanya tidak sepadan coklat jenama premium.
"Orang yang buat kuih, tolonglah jujur! Lagi-lagi bulan Ramadan. Kalau awak tak guna Nutella, jangan letak dalam senarai bahan.
"Jangan jual RM35 sebungkus sebab 'claim' Nutella padahal guna coklat murah," katanya menerusi hantaran di laman Threads.
MENARIK DIBACA: Pelanggan bayar 'air' bukan isi, Youtuber dedah taktik kotor peniaga King Crab
MENARIK DIBACA: “Mentang-mentang tengah FOMO, kau lenjan jual Green Tea Thai!” - Netizen dedah tak semua matcha itu asli
Jelasnya, sebagai pelanggan dia tidak kisah berbelanja lebih untuk kuih raya asalkan kualiti dan rasanya setimpal dengan harga.
"Pelanggan sanggup bayar mahal untuk bahan premium macam French butter atau coklat Callebaut.
"Saya faham kalau anda ada alternatif untuk Nutella, tapi rasa coklat ni memang sangat murah," katanya, kesal.
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kritikannya malah ada juga yang berkongsi pengalaman terpedaya dengan penipuan peniaga seperti itu.

"Jangan guna perkataan ‘pure butter’ padahal pakai marjerin.
"Bab makan jangan tipu sebab duit dapat tu akan jadi darah daging kita.
"Saya pun perniaga, tapi tak tegamak letak nama bahan yang saya tak guna. Bayangkan diri kita sebagai pelanggan, macam mana kalau tertipu," antara komen netizen.
