KUALI | Moden

Si kecil pun nak makan sedap... Mak-mak boleh buat biskut raya khas, selamat untuk bayi

Lead Image

RAYA cukup sinonim dengan aneka hidangan di atas meja, tetapi tidak semua sajian sesuai dimakan oleh bayi.

Justeru kreativiti diperlukan dalam usaha membuat biskut raya untuk bayi sekali gus memudahkan ibu bapa ketika berkunjung ke rumah sanak-saudara.

Resipi biskut raya sesuai untuk bayi berusia tujuh bulan ke atas ini dikongsikan pengguna Threads, Suhailighafur dan pastinya akan menjadi kegemaran baharu si kecil kerana ia bebas dari penggunaan gula tambahan. 

Jom cuba buat sendiri biskut raya untuk bayi anda.

Resipi menggunakan unsalted butter dan susu tepung.

Bahan-bahan

  • 5 sudu besar unsalted butter (dicairkan),
  • 6 sudu besar susu tepung
  • 1 cawan tepung jagung

MENARIK DIBACA: Selalu makan tapi tak tahu asal usul, ini sejarah nama kuih lompat tikam

MENARIK DIBACA: Lembut berinti kelapa, kuih bunga pudak penuh nostalgia

Cara penyediaan

  1. Gaul susu tepung dalam unsalted butter dicairkan, kemudian masuk tepung jagung sedikit demi sedikit sambil uli sehingga menjadi doh tidak melekat di tangan.
  2. Bentukkan doh mengikut cita rasa, sedia untuk dibakar.
  3. Bagi yang menggunakan air fryer, suhu disyorkan adalah 150°C selama 13 minit, tetapi masa boleh diubah suai mengikut ketebalan doh.

 

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Idea menu rumah terbuka... Honey butter crispy chicken mudah disediakan, ‘confirm’ tetamu suka

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Buntu lauk berbuka... Udang black pepper rangup ini boleh masuk 'list' menu hujung Ramadan

Terhangat